berita

Gagal Dapat Tiket Separuh Akhir Piala AFF, Penyokong Harimau Malaya ‘Serang’ Jay Chou Minta Tangguh Konsert

January 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penganjur Konsert Jelajah Dunia Jay Chou sudah menempah Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sejak 2019 bagi mengadakan konsert sebelum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berbuat demikian pada 18 Ogos lalu.

Mereka dah delay 2.5 hari

Booking (tempahan) stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022. Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker & 800 lampu. Mereka dah delay 2.5 hari bagi ruang AFF.

Tambah Hannah Yeoh, 21,000 tempat duduk SNBJ terpaksa dikosongkan berikutan persediaan konsert bintang dari Taiwan itu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati kerana gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.

Selain meluahkan rasa tidak puas hati, mereka menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit terlebih dahulu bagi memberi laluan kepada acara sukan itu.

Sumber: Hannah Yeoh 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×