berita

Anzalna Tak Jangka Foto Jadi Isu

July 11th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Anzalna-Nasir-3

Susulan kontroversi yang tercetus menerusi sekeping foto yang dimuat naik oleh Fasha Sandha Selasa lalu, Anzalna akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung foto berkenaan.

Menurut Anzalna, dia langsung tidak menjangka foto tersebut akan mengundang kontroversi dikalangan peminat, terutamanya kaum lelaki dan bermula daripada insiden terbabit, pelakon wanita ini mula mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam memuat naik sebarang foto menerusi laman sosial.

Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha.

Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi. – Gua

Artikel Berkaitan :

Dalam pada itu, Anzalna turut akui dia langsung tidak berniat untuk mengundang sebarang kontroversi dan menjelaskan bahawa sewaktu foto berkenaan diambil, dia sedang berada di tepi pantai Port Dickson dan kebetulan pada ketika itu angin sedang bertiup dengan kencang sehingga menyebabkan pakaian yang dipakai olehnya melekat mengikut bentuk badan.

SKIP THIS AD ×