Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang digelar sebagai ‘syurga makanan’. Pelbagai jenis makanan tradisional dan makanan ringan yang terdapat di negara kita ini. Antara keropok atau ‘jajan’ yang popular di Malaysia seperti keropok Super Ring yang digilai rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, bukan sahaja rakyat Malaysia yang ‘gilakan’ keropok keju itu malah ia juga menjadi kesukaan bintang K-pop iaitu Jennie dan Jisoo dari kumpulan Blackpink.
Snek kegemaran Jenny dan Jisoo
Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter menunjukkan snek yang digemari oleh rakyat Malaysia iaitu ‘Super Ring’ kini dilihat telah dijual di negara Korea.
Apa yang menariknya, di papan tanda tersebut tertulis ‘Snek Kegemaran Jisoo dan Jennie’ dan ‘Snek No.1 Di Malaysia’. Harga sebungkus ‘Super Ring’ dijual dengan harga 1, 200 won iaitu RM4.30.
Super Ring dijual di Korea
cerita dia time concert blackpink kat malaysia, jensoo singgah 7e then nampak super ring ni diorang kata pernah makan time kat singapore hmm comel la ok bye pic.twitter.com/SH0fsBOysN
— #BE! (@moonstarbyulie) October 30, 2019
Video yang viral di media sosial menunjukkan anggota Blackpink, Jisoo dan Jennie berharap agar mereka menjumpai kedai yang menjual ‘Super Ring’ memandangkan mereka berada di Malaysia sempena konsert jelajah Blackpink.
Sejurus sahaja memasuki kedai serbaneka 7-Eleven, mereka terus pergi ke bahagian snek dan reaksi gembira dapat dilihat pada wajah Jisoo dan Jennie apabila mereka terjumpa snek ‘Super Ring’ di rak kedai tersebut.
Menurut anggota Blackpink ini, mereka pertama kali mencuba menikmati ‘Super Ring’ semasa mereka berada di Singapura sehingga membuatkan mereka ‘jatuh cinta’ dengan keenakan keropok keju itu.
Bersyukur jadi rakyat Malaysia
Rata-rata netizen terhibur apabila melihat keropok ‘Super Ring’ dijual di Korea hanya kerana bintang K-pop Blackpink itu menyukainya. Ada juga dalam kalangan mereka yang berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana dapat menikmati keropok itu dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Korea.
Sumber: Twitter