berita

Highlights 2012 : Menyingkap Fesyen Selebriti Di Majlis Anugerah & Seleksi 19 Set Wangian Sesuai Untuk Krismas

December 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Klik foto di atas untuk baca edisi Joy Love Hope

Edisi majalah bulan Disember 2012 membawa ‘Joy Love Hope’ dimana kami memaparkan kompilasi-kompilasi menarik mengenai selebriti tempatan sepanjang tahun ini.

Antara kandungan dalam edisi ‘Joy Love Hope’ ini ialah kisah 5 selebriti yang berkahwin sehingga layak bergelar ‘Wedding Of The Year’. Selain itu, kami turut menyediakan paparan fesyen-fesyen artis tempatan dalam 4 anugerah berprestij seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster & Anugerah Juara Lagu. Dan, ketahui juga 10 filem antarabangsa yang berjaya mencatatkan kutipan memberangsangkan sehingga layak mencapai box office. Paling penting, anda juga dibawa untuk menyingkap 19 set wangian yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Krismas.

Buntu dengan karakter wangian yang bersesuaian dengan insan tersayang? Pada pengamatan pihak editorial, wangian seperti Burberry Body EDP & Valentina EDP & Body Lotion sesuai untuk mereka yang inginkan sifat sensualiti dan feminin dalam kehidupan seharian.

Manakala bagi si dia yang selalu kelihatan ceria, set wangian Lanvin Marry Me mengandungi eleman flora dan kombinasi feminin serta ‘humour’ yang bisa membangkitkan lagi aura cinta buat pasangan yang sedang menyulam kasih sayang.

Calvin Klein Sheer Beauty pula sesuai untuk buat si dia yang gemar akan aura seksi dan mempunyai keyakinan diri yang tingi.

Tak ketinggalan buat si dia yang ingin tampil elegan, wangian daripada set Issey Miyake L’Eau d’Issey Florale dirumus khas dengan patel ros segar yang mampu meningkatkan karakter daya penarik tersendiri.

Bagaimana pula untuk teman lelaki? Jangan gusar kerana wangian Aigner No1 amat ideal buat teman lelaki yang ingin tampil segak bergaya dan maskulin. Sesuai dijadikan kejutan buat si dia!

Ayuh jom kita lihat 19 koleksi wangian seperti Narciso Rodriguez, Carolina Herrera CH’Eau EDT & Body Lotian, Paco Rabanne LADY MILLION EDP Perfume Stick, Prada Candy EDP & Body Lotion, Elie Saab Le Perfume & Prestige, Van Cleef & Arpels, ANNA SUI FAIRY DANCE Secret Wishes, BVLGARI Omnia Coral + Body Lotion + Deluxe Feminine Pouch, Marc Jacobs, Davidoff, Nina Ricci, Jimmy Choo dalam edisi Disember 2012 ini!

Halakan kursor anda ke sekarang!

SKIP THIS AD ×