Setelah apa yang berlaku kepada Shahrizal Jaszle baru-baru ini, ramai yang bertanyakan tentang keadaan hubungan pelakon itu dan tunangnya, Redzwani Puteri.
Ada juga desas-desus mengatakan yang hubungan mereka retak dan sudah tidak lagi bersama. Namun dakwaan itu ternyata tidak benar sama sekali apabila Shahrizal dengan gembiranya memuat naik video dia sedang meluangkan masa bersama tunang kesayangan semalam ke laman Keek.
Ini bukti hubungan mereka masih baik
Video yang berdurasi 36 saat itu menunjukkan yang pasangan itu sedang bahagia bergelak tawa sambil menunggu menu yang dipesan sampai.
Shahrizal sebelum ini menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia ditangkap berkhalwat bersama seorang gadis dipercayai bukan tunangnya di Subang.
Ini pula gambar yang dikongsi Redzwani di Instagram
Tunangnya, yang juga seorang doktor dikatakan tidak mahu membuat penilaian terlalu cepat sehingga dia mendengar penjelasan dari mulut Shahrizal sendiri. Nampaknya, video ini telah menjawab segala pertanyaan peminat dan OHBULAN! yakin tunang Shahrizal Jaszle juga telah mendapat penjelasan yang betul darinya.
Semoga hubungan mereka terus berpanjangan kalau benar mereka dijodohkan untuk satu sama lain. Jom tengok rakaman video yang dimaksudkan tadi.