berita

Ibu Dikerat 15, Anak Buang Potongan Daging Dalam Tangki Kumbahan– ‘Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka’

June 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak.

Ibu kandung dikerat 15

Foto: Harian Metro

Menerusi kenyataan media Polis Perak, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kerian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai penemuan 15 potongan daging anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah pada 4 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya bertindak menahan seorang lelaki berbangsa Cina yang juga merupakan anak lelaki mangsa.

Hasil siasatan lanjut mendapati keratan daging tersebut adalah milik seorang wanita berusia 68 tahun (ibu kandung suspek). Pihak polis kemudian merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Difahamkan, suspek dan mangsa sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu iaitu selepas suami mangsa meninggal dunia.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari rasa tidak puas hati suspek berkenaan dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapa suspek.

Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Perak

SKIP THIS AD ×