berita

Issey Fazlisham, Ani Maiyuni, Syafiq Farhain Antara Yang Bakal Memeriahkan Pantai Timur Food Festival

September 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pantai Timur Food Festival

Berita gembira buat semua pencinta makanan pantai timur! Hampir 100 gerai menanti pengunjung yang hadir ke pesta makanan besar-besaran iaitu Pantai Timur Food Festival yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Persint 4, Putrajaya.

Artis berniaga & buat persembahan

Pantai Timur Food Festival

Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu turut membariskan selebriti terkenal seperti Issey Fazlisham, Ani Maiyuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi, Serina Redzuan dan ramai lagi.

Menurut wakil Mek Noor Nasi Dagang, Noor Shuhada Zakaria, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan dan vendor untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.

Tujuan asal buat festival ini kerana saya sendiri asal dari pantai timur dan saya sebagai peniaga melihat ramai orang Malaysia suka dengan makanan pantai timur.

Selain meniaga, festival ini juga dapat mengangkat dan memartabatkan budaya serta keunikan pantai timur kepada penduduk khususnya Lembah Klang.

Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga. Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.

Saya juga ingin maklumkan berita gembira selepas melihat sambutan luar biasa, sewa tapak hanya RM1500 selama tiga hari kepada sesiapa yang berminat, sangat berpatutan.

Selain itu, turut serta ialah pempengaruh media sosial seperti Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan Mami Dedi. Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio, Shah juga bakal memeriahkan suasana festival itu.

Budaya dan kesenian pantai timur

Pantai Timur Food Festival

Di samping pelbagai gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.

Difahamkan juga, pelawak Issey Fazlisham bakal membuat persembahan dikir barat pada hari kemuncak iaiti 1 Oktober.

Menarik lagi, pengunjung berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal, televisyen dan wang tunai. Masuk adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh ikuti laman sosial rasmi Pantai Timur Food Festival iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook).

SKIP THIS AD ×