berita

Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Orang, Wanita ‘Buang’ Anak Dikandung – ‘Laki Tu Balik Dekat Bini Dia’

June 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang pegawai perubatan yang dikenali dengan nama Shazwanie ada berkongsi pengalamannya mengendalikan seorang pesakit yang hamil di luar nikah. Lebih mengejutkan apabila mengetahui anak tersebut merupakan hasil hubungan sulit wanita ini bersama suami orang.

Hamil anak luar nikah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dikongsikan, doktor Shazwanie Azeera memaklumkan bahawa dia sudah biasa mengendalikan rawatan terhadap wanita yang hamil di luar nikah dan situasi seperti itu sudah biasa berlaku terutamanya di ruangan labour room (bilik bersalin).

Menceritakan pengalamannya, Dr Shazwanie mengakui terdapat satu kes yang sangat meruntun hati yang dilalui seorang wanita berusia 30-an ini. Difahamkan, wanita terbabit hamil 30 minggu di luar nikah dan menurut doktor ini, wanita berkenaan langsung tidak menyedari bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Dia ada hubungan sulit dengan suami orang. Lelaki ni dah ada anak dah, tiga orang anak kalau tak silap. Waktu dia mengandung, dia langsung tak tahu. Dia ingatkan dia period, tiba-tiba dia sakit perut, keluar baby. Baby tu dalam 30 minggu macam tu, dia tak perasan sebab badan dia jenis gempal.

Tak terima kehadiran bayi

Foto: Dr Shazwanie Azeera

Lebih menyedihkan lelaki tersebut langsung tidak mahu bertanggungjawab ke atas kehamilannya sebaliknya dia memilih untuk bersama si isteri. Ibu wanita ini juga enggan menerima dan mengiktiraf bayi tersebut. Tidak diketahui apakah pengakhirannya, namun doktor tersebut ada menjelaskan kemungkinan bayi terbabit sudah diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijadikan anak angkat.

Malangnya, lelaki itu tak nak dekat dia. Lelaki tu memang nak stay dengan isteri dia dan mak perempuan tu pula tak nak cucu. Perempuan ni pun tak nak baby tu.

Sementara itu, Dr Shazwanie turut berkongsi pengalamannya mengendalikan seorang pesakit paling muda yang berusia 15 tahun.

Kes paling muda saya pernah jumpa adalah berusia 15 tahun, tengah ambil PT3 lagi. Ibu ni orang Islam, ambil dadah dan arak. Disebabkan itu, dia bersalin awal 35 minggu.

Bila dah discharge, mak semua okay memang tak ada masalah sebab tubuh dia pun bukan macam tubuh kanak-kanak. Bila bersalin tak cukup bulan, terpaksa duduk di hospital dan dalam masa yang sama, dia ambil PT3.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan Dr Shazwanie telah mendapat hampir 410k tontonan.

Video

Sumber: Shazwanie Azeera

SKIP THIS AD ×