berita

‘Jangan Terlebih Berhibur Sehingga Maruah Menjadi Lebur’ – Ustaz Ahmad Fuad Hantar Surat Terbuka Untuk Baby Shima

May 31st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tindakan penyanyi Baby Shima bergelek pada sambutan rumah terbuka hari raya baru-baru ini mendapat kecaman ramai apabila video persembahannya itu viral di media sosial. Bukan itu sahaja, kenyataan menahan kentut yang dikeluarkan oleh Baby Shima selepas itu ternyata menambahkan kemarahan netizen.

Berikutan daripada itu, penceramah bebas, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar ‘menghantar’ surat terbuka kepada Baby Shima. Menurut Ustaz Fuad, dia mahu penyanyi tersebut faham mengenai suasana di Malaysia dan Indonesia tidak sama.

Geleng kepala saya waktu kuliah

Semenjak peristiwa “Ada Tengok Mamy Happy” di rancangan realiti Indonesia netizen Malaysia dan negara jiran semakin mengenali Baby Shima. Klip video viral dan berita itu sangat menular sehingga turut sampai kepada peranti telefon bimbit saya. Sebagai orang yang turut keluar daripada rancangan realiti tv saya faham tekanan yang dilalui oleh baby shima. Panjang sangat nama, saya panggil Shima jelah ye. Nampak lebih sederhana dan sesuai untuk dipanggil oleh lelaki-lelaki bukan mahram.

Menurut Fuad, dia selalu berdakwah di Indonesia dan sangat memahami pasaran hiburan di sana yang disifatkan sangat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia. Tambahnya, hiburan di Indonesia sangat ‘berlebihan’ sehingga menyambut israk mikraj dengan tarian.

Pernah di tempat saya berkuliah agama namun konsert dangdut berhampiran bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat “Ayuh Goyang Mas” geleng kepala saya waktu kuliah.

Menerusi surat terbuka yang ditulis, Fuad meminta Baby Shima untuk membezakan suasana di Malaysia dan Indonesia. Ujar Fuad, di Malaysia kita mempunyai mufti dan perundangan yang memelihara hal ehwal agama. Jadi adab dan suasana masih terpelihara.

Agama harus menjadi sendi

Namun semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat. Tak salah nak berseni tapi ingatlah Agama harus menjadi sendi. Jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur. Shima adalah ikon hiburan, banyak adik-adik yang melihat dan menonton, maka jadilah artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik buat masyarakat terutama golongan remaja.

Fuad turut menyatakan sebenarnya sifat malu adalah perisai wanita daripada diambil kesempatan. Sifat malu adalah sifat yang lahir daripada hati yang jernih kepada Allah. Oleh itu, dia berharap Shima dapat mengambil manfaat daripada segala teguran ini.

Shima pun pernah cakap, kenapa masyarakat tak boleh terima shima walaupun shima tak ganggu mereka. Hihi memang betul shima tak ganggu mereka secara fizikal tapi hati suami-suami orang yang tertarik dan memenuhi ruangan komen shima tu menyebabkan banyak perempuan lain insecure. Pening kepala golongan isteri bila bergaduh mulalah post dekat group Kisah Rumah Tangga. Saya tulis ni sebab Allah & saya juga memohon agar Allah mengampunkan segala dosa kita.

Sumber: Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×