berita

Jarang Balik Rumah, Lelaki Terkilan Adik Jatuh Sakit, Tak Sempat Beli Hadiah & Bawa Tengok Wayang – ‘Dia Selalu Tunggu Aku’

January 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fathure ada memuat naik satu video di TikTok menceritakan momen sedih yang dilaluinya bersama keluarga apabila adik lelakinya, Mohd Fathul Idham disahkan menghidap pendarahan otak.

Tiba-tiba sakit, muntah kuning

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mengakui terkilan dengan apa yang menimpa adiknya. Jelas Fathure, dia jarang balik ke rumah sedangkan adiknya sering menanti kepulangannya. Namun siapa sangka, si adik tiba-tiba jatuh sakit ketika mereka sekeluarga sedang berkumpul di rumah.

Adik aku ceria je, tak nampak pun apa-apa simptom atau sakit apa-apa. Lepas dia solat zuhur semalam dia muntah banyak sangat dan berkali-kali sampai pengsan.

Tak sedar sampai sekarang. Dia start sakit kepala masa solat. Sakit sangat-sangat sampai dia pukul-pukul kepala sendiri sebab tak tahan. Tengah pengsan pun muntah kuning sampai 3 kali.

Lebih menyedihkan apabila lelaki ini memaklumkan dia tidak sempat membawa adiknya menonton wayang dan memberikan hadiah sempena hari jadinya. Sementara itu, Fathure meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan buat adiknya yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

Adik ada pendarahan di otak. Jam 5:40 pagi tadi mula operation (EVD) untuk sedut buang pendarahan tu. Punca berlaku pendarahan sebab vein dengan arteri di otak berlilit sudah, lebih kurang macam tu lah tak tahu nak explain macam mana.

‘Doakan adik saya, Mohd Fathul Idham’

‘Aku kesal sangat’

Semoga dipermudahkan segala urusan

Sumber: Fathure

SKIP THIS AD ×