berita

Jenazah Ibu Bakal Dikebumikan Di Tempat Yang Sama Dengan Arwah Abam – ‘Mak Jumpa Abang Di Sana Ye’

October 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, semalam. Arwah dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.54 malam.

Dimasukkan ke zon kritikal

Menurut wakil ahli keluarga Ali, Allahyarhamah telah dimasukkan ke zon kritikal pada hari Selasa yang lalu kerana serangan asma. Ujar ahli keluarga, ini merupakan kali kedua Allahyarhamah dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama. Allahyarhamah telah ditidurkan dan terpaksa mendapat bantuan dari alat pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ali dan adik lelakinya dikatakan telah ke hospital untuk urusan membawa pulang jenazah manakala isteri dan kakaknya tinggal di rumah bagi menguruskan keperluan yang sepatutnya. Di samping itu, rakan-rakan artis turut mengucap salam takziah kepada Ali sekeluarga di media sosial.

Dikebumikan di Sungai Pusu

Terbaru, Ali memberitahu bahawa jenazah ibunya akan dimandikan hari ini di Masjid Batu 8, Gombak. Seterusnya, jenazah akan dikebumikan di Sungai Pusu Gombak sebelum solat Jumaat.

Sumber: Ali Puteh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×