Semalam kecoh mengenai dakwaan mengenai YouTuber bernama Ammar Nazhan yang didakwa mengganggu privasi kejiranannya di sebuah kawasan perumahan mewah, Lakefront Villa.
Susulan itu, Ammar tampil mempertahankan diri dengan memaklumkan dirinya tidak teragak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan palsu terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: YouTuber Suap ‘Fries’ Cari Penyebar Berita Palsu, Dakwa Media Dibayar Untuk Jatuhkan Reputasi
Jiran tak gentar
Terbaharu, individu yang mendakwa dirinya jiran kepada Ammar memaklumkan dia mempunyai bukti kukuh ‘influencer’ itu telah mengganggu ketenteraman penduduk di situ.
Menerusi aduan yang disampaikan kepada aktivis sosial, Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook (FB), dirinya tidak gentar dengan ugutan Ammar yang ingin mengambil tindakan undang-undang.
Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak tu.
Saya ready semua bukti-bukti sebelum bagitahu cikgu. Nak saman? Bring it on.
Dalam pada itu, Cikgu Fadhli tampil mempertahankan kejiranan tersebut dengan menyifatkan YouTuber berkenaan mengambil langkah yang salah apabila mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang kepada mereka.
Ammar ni nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, golongan T20 yang ada lawyer keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah.
Sebagai nota, harga rumah Lakefront Villa tu antara range RM2j hingga RM3.7j. Dan jiran dia yang buat aduan tu adalah owner rumah, bukan penyewa.
Golongan ni takkan buat tuduhan melulu. Mereka dah siapkan semua bukti dan dapat jangka gertakan saman ni akan dibuat. So mereka dah ready awal lagi dah.
Terdahulu, tular dakwaan di laman Facebook mengatakan YouTuber berusia 27 tahun itu bersekedudukan dengan beberapa orang wanita yang merupakan talentnya di dalam sebuah banglo yang disewanya.
Selain didakwa tidak menjaga tingkah laku serta batas pergaulan, Ammar juga disifatkan sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap privasi penduduk di kawasan tersebut.
Sumber: Facebook