berita

Jom Rebut Ganjaran Istimewa Dari Continental Bila Korang Ganti Tayar Kereta!

October 15th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Cuba check tayar kereta korang, dah sampai masa untuk diganti atau belum? Kalau dah masanya untuk ditukar, bolehlah korang ke cawangan Continental yang terdekat sekarang sebab mereka tengah ada ganjaran istimewa untuk korang tebus.

Macam menarik je, ganjaran apa tu?

Beli tayar percuma Thermos mug atau flasks!

Bermula dari 15 Oktober sehingga 15 Disember 2020, korang berpeluang untuk dapat Thermos Mug atau Thermos Flasks dengan setiap pembelian tayar bersaiz 17’’ dan ke atas tau. Yeassss Freebies! 

Memang patut rasanya tukar tayar sekarang. Tapi, tayar jenis apa yang bagus eh?

Korang cuba tayar Ultra-High-Perfomance (UHP)!

Tayar UHP Continental  yang direka untuk kenderaan berprestasi tinggi ini menawarkan cengkaman optimum dalam semua keadaan memandu. Ia memudahkan pengedalian pemandu dan mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.

Continental juga tampil selangah ke depan dengan memfokuskan pada asimetri dalam reka bentuk corak tapak. Ini bermaksud bahu luar tayar berbeza dengan bahu bahagian dalam, yang mana bakal memudahkan pengendalian stereng termasuk ketika membelok.

antara ciri-ciri lain UHP yang sangat ‘WOW’!

  • Tahap Keselamatan yang tinggi ketika brek
  • Pengendalian stereng yang tepat
  • Jarak brek pendek dalam keadaan kering dan basah
  • Continental fokus kepada asimetri dalam reka bentuk corak tapak. Ini bermaksud bahu luar tayar berbeza dengan bahu bahagian dalam yang memudahkan pengendalian, terutamanya ketika membelok

Model tayar UHP yang boleh korang pertimbangkan untuk gantikan tayar lama

UltraContact UC6

UltraContact UC6 kaya dengan ciri keselamatan yang tinggi, ia mempunyai kawalah penuh di atas jalan yang kering mahupun basah. Jadi korang tak perlu risau lagi bila memandu dalam keadaan hujan. Sebab tayar ni ada Diamond-edge yang akan mengeringkan air dari tread blocks untuk keupayaan brek yang lebih baik

Ultracontact UC6 SUV

Yang ini pula untuk kenderaan Utiliti Sukan (SUV), ia dilengkapi dengan elemen hebat wet braking yang mana salah satu cirinya ada lah saliran aqua (aqua drainage) yang bakal mengalirkan air dengan pantas melalui sistem tiub unik ke tread grooves. Pada masa yang sama, filem air di bawah pola tapak akan didorong ke saluran aqua (aqua channel) bagi mempercepatkan proses pengeringan.

MaxContact MC6

Seiring dengan peredaran zaman, juruteknik bertaraf dunia di Continental telah menaiktaraf sebilangan besar teknologi mereka bagi memastikan setiap tayar yang dihasilkan adalah dalam kondisi yang baik. Untuk MaxContact MC6 ia hadir dengan noise breaker 2.0 yang mana bakal memacahkan gelombang bunyi bagi memastikan pemanduan yang lebih selesa. Malah, MaxContact MC6 juga diperbuat dengan bahan lapis Xtreme-Force yang mengurangkan lenturan tayar ketika membelok dalam keadaan laju memberikan pemandu kawalan penuh untuk pengendalian yang lebih baik.

Tayar dah! Sekarang, macam mana nak tebus ganjaran dari Continental?

Haa, jangan lepaskan peluang untuk menebus free gift dari Continental ni guys. Korang ikut je langkah mudah di bawah:

  1. Scan kod QR yang tersedia di mana-mana cawangan Continental terpilih yang dikunjungi
  2. Isi butiran pengenalan diri korang, hantarkan resit pembelian & masukkan nombor TAC
  3. Tunggu mesej pengesahan melalui SMS

Takde cawangan Continental terdekat? Jangan risau!

Tawaran ini juga tak terhad di cawangan Continental terpilih saja tau. Korang juga berpeluang untuk dapat freebies ni kalau korang beli tayar Continental, Viking atau Dunlop UHP bersaiz 17” dan ke atas di mana-mana cawangan Dunlop ataupun Viking Tayar yang terpilih.. So, tak payah risau kalau tak ada cawangan Continental yang terdekat dengan korang okay!

Korang boleh klik sini untuk senarai penuh cawangan Continental, Dunlop dan juga Viking terpilih yang mengambil bahagian dalam program ni.

Untuk syarat penebusan ganjaran istimewa ni, korang boleh lawati laman Facebook rasmi Continental Tyre dan Viking Tyre Malaysia dekat sini dan sini. Untuk Instagram rasmi dan saluran Youtube pula, korang boleh klik sini dan sini.

So, apa tunggu lagi? Pergi check tayar korang tu cepat! Kalau dah kena tukar terus je beli tayar UHP yang power ni tau!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×