Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Solenne Thornon, 11, dilaporkan maut selepas ditembak oleh jirannya sendiri ketika sedang asyik bermain buaian.
Artikel Berkaitan: Anak Pendakwah Terkenal Maut Ditembak Secara Tidak Sengaja, Main Pistol Milik Pengawal Peribadi
Mangsa isu pertikaian tanah
Gambar sekadar hiasan
Menurut portal Metro UK, kejadian tersebut turut mengakibatkan bapa kepada Solenne, Adrien 52, cedera parah manakala ibunya, Rachel, cedera ringan.
Dalam pada itu, adik kepada mangsa, Celeste yang berusia lapan tahun berjaya lari menyelamatkan diri dan membunyikan penggera kecemasan.
Suspek yang disyaki melakukan tembakan tersebut merupakan seorang lelaki yang berusia 71 tahun yang merupakan jiran kepada mereka.
Dikatakan lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan keluarga Solenne berhubung isu perebutan sebidang tanah berhampiran kawasan rumah mereka yang telah pun tercetus sejak dari tahun 2020.
Pihak polis telah pun melakukan tangkapan dan mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan serangan tersebut.
Sumber: Metro.UK