berita

Kanak-Kanak Cover Lagu “I Won’t Give Up”

January 16th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-01-16 at 11.50.20 AM

Tersenyum OHBULAN! seorang diri apabila melihat video ini. Bintang sensasi Youtube iaitu Lennon & Maisy telah menyanyikan semula lagu popular Jason Mraz yang berjudul “I Won’t Give Up”.

Mereka berdua telah dipanggil untuk membuat persembahan di rancangan “On Air With Ryan Seacrest” dan apa yang menarik apabila kedua-dua vokal mereka yang sangat unik. OHBULAN! yakin jika anda pun pasti akan jatuh hati selepas mendengar kombinasi vokal Lennon dan Maisy yang unik.

Untuk pengetahuan, kedua kanak-kanak ini mula popular menerusi laman Youtube dan kini sedang membintangi sebuah rancangan TV berjudul “Nashville”. Sehingga kini, laman Youtube rasmi mereka telah merekodkan jumlah tontonan sebanyak 26 juta.

Apa pun, mari kita dengar cover “I Won’t Give Up” oleh Lennon & Maisy selepas ini ya!

via Ryan Seacrest

SKIP THIS AD ×