berita

Kantoi Masuk Bilik Tidur Anak Tiri, Isteri Tetak Kemaluan Suami Lepas Tengok Rakaman ‘Web Cam’

March 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Puan N tergamak menetak kemaluan suaminya selepas melihat kelakuan mencurigakan lelaki itu terhadap anak tirinya (anak tiri Puan N). Wanita ini percaya suaminya cuba melakukan gangguan seksual terhadap gadis itu.

Tetak kemaluan suami

Foto: Blogtuan

Memetik laporan Daily Star, kelakuan ‘pelik’ si suami terbongkar selepas si isteri, Puan N memasang kamera pengintip atau web cam di tepi katil di dalam bilik tidur anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu. Menurut sumber, wanita yang berasal dari Vietnam ini nekad memasang kamera pengintip selepas anak tirinya beberapa kali mengadu mengenai tindakan pelik lelaki itu (suami Puan N).

Pada 18 Mac lalu, ketika memeriksa rakaman kamera pengintip, Puan N terkejut melihat tindakan ‘luar biasa’ si suami terhadap anak gadisnya. Pada keesokan harinya, Puan N nekad mengambil sebilah pisau dan menetak kemaluan si suami saat lelaki itu sedang tidur.

Menurut sumber, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi disebabkan zakar tersebut dipotong sangat hampir pada badan lelaki itu maka organ tersebut tidak dapat diselamatkan oleh pasukan perubatan. Menurut doktor, pembedahan amat sukar dijalankan kerana zakar itu terputus sepenuhnya dan kulitnya juga telah hilang.

Puan N kemudian tampil ke balai polis memberi pengakuan berhubung kejadian tersebut sebelum bertindak menyerah diri. Wanita ini mendakwa suaminya telah melakukan gangguan seksual terhadap anak tirinya sejak dua tahun lalu namun sebelum ini tiada sebarang bukti menunjukkan tindakannya itu.

Sumber: Daily Star, Blogtuan,, Nationaldailyng

SKIP THIS AD ×