berita

Kasut Tinggi Emma Watson Bertatahkan Emas!

September 12th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Masih ingat dengan watak Hermione Jean Granger dalam filem ahli sihir hebat Harry Porter? Hebat bukan lakonan beliau? Seawal usia 11 tahun, beliau telah merasa sentuhan glamor dalam filem tersebut.

Tetapi kini, Emma Watson berdiri teguh dalam industri dan  termasuk dalam senarai salah seoarang selebriti paling stail dalam penggayaan.

Baru-baru ini, aktres 22 tahun tersebut dilihat melangkah hebat di New York dengan sepatu “wedges’ daripada pereka terkemuka Tom Ford.

Apa yang menakjubkan, sepatu tinggi tersebut sangat bernilai dan dianggarkan berjumlah $1290 dalam mata wang dollar.

Sepatu tumit tinggi itu lengkap dengan tali rantai bertatahkan emas di setiap pergelangan buku lali kaki dimana ianya juga pernah menjadi sepatu tinggi yang dipakai oleh selebriti ternama iaitu beyonce dan rihanna.

Emma tampil menawan dengan gaya tersendiri, gabungan sepatu tinggi hitam dengan seluar tight hitam, baju polos hitam dan blazer putih.

Beliau yang tampil memukau membuktikan bahawa beliau mampu melengkapkan fesyen dengan gayanya tersendiri.

SKIP THIS AD ×