berita

‘Kau Matikan Kreativiti Orang Berseni’ – Liyana Jasmay Tak Puas Hati Dengan Orang Dalam Industri?

January 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay meluahkan rasa kesal terhadap orang dalam industri yang suka menitik beratkan soal logik sebuah karya dalam pembuatan filem atau drama.

Kau matikan minda kreativiti

Menurut Liyana, tindakan mempersoalkan sesebuah karya yang logik atau tidak boleh mematikan minda kreativiti orang yang berseni. Tambahnya lagi, sesebuah filem fiksyen tidak memerlukan hal yang logik kerana ia berlandaskan dunia fantasi bukannya alam dunia sebenar.

Macam mana nak buat cerita best kalau ada orang dalam industri suka tanya “logik ke?”, kau matikan minda kreativiti orang yang berseni. Kalau logik, takyah buat cerita fiksyen. Kau buat je cerita logik real alam dunia sebenar.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Liyana di Instagram itu telah mendapat reaksi positif daripada peminatnya. Ramai yang bersetuju dengan luahan Liyana dan menganggap industri filem Malaysia sukar untuk berkembang sekiranya wujudnya sikap sebegini.

Sumber: Liyana Jasmay

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×