berita

Keganasan Digital: Kesan Terhadap Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Gender

October 18th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Sebut sahaja cyberbully mesti ramai antara kita yang pernah mengalami atau melihat situasi tersebut. Korang tau tak ada lagi satu terma yang berkait dengan buli iaitu keganasan dalam talian berdasarkan jantina korang?

Selalu kita banyak dengar kes ini terjadi kepada perempuan kan tetapi sekarang ini dua-dua gender, lelaki dan wanita boleh menjadi mangsa tau. So, hati-hati lah kat luar sana, jangan selalu sangat share gambar-gambar ni, orang sekarang pelik-pelik.

Contoh- contohnya: 

  • Penyebaran gambar intim dan video seksual wanita tanpa kebenaran dan juga sebagai peras ugut (revenge porn)
  • Menghasut orang ramai untuk membenci, membuli atau membongkar maklumat peribadi seseorang (doxxing)
  • Memfitnah dan menjatuhkan maruah seseorang wanita melalui penipuan seperti menyunting gambar dan penggunaan AI (deepfake)
  • Menghantar mesej, gambar atau video lucah kepada seseorang
  • Membuat ancaman fizikal dan seksual terhadap wanita

Walaupun benda-benda ni berlaku dalam talian macam WhatsApp, Facebook, Instagram, atau platform lain, jangan pandang remeh kesannya terhadap mental seseorang. Fikir la, kalau benda ni terjadi kat kita, contoh macam penyebaran gambar yang disunting yang buat kawan-kawan percaya itu kita, haa?

Sekiranya perkara ni terjadi, korang mungkin akan merasa malu, cemas, tertekan, dan hilang keyakinan untuk berinteraksi dengan kawan-kawan, walaupun dalam dunia maya. 

Even korang tahu gambar tu palsu, ia masih boleh memberi kesan kepada psikologi korang dan biasanya, mangsa akan mengalami trauma emosi yang berpanjangan dan lebih suka berdiam diri daripada orang lain. Jika tak dapatkan bantuan profesional, kesannya mungkin akan lebih teruk.

Apa yang mangsa perlu lakukan jika menghadapi situasi seperti ini?

Kalau korang alami perkara macam tu, yang pertama, ambil screenshot atau rakam skrin sebagai bukti sebelum serahkan pada pihak berkuasa.

Kemudian, korang boleh block, mute, unfollow, atau unfriend orang tersebut, dan juga boleh laporkan melalui butang ‘Report’ di platform media sosial tu.

Seterusnya, ketatkan privasi akaun korang seperti tukar daripada akaun public kepada private. Hadkan juga perkongsian maklumat peribadi korang seperti lokasi dan lain-lain. Hal ini kerana pemangsa mungkin masih ada akaun palsu lain yang sedang follow korang.

Selepas selesai berhadapan dengan hal-hal dalam dunia maya, jangan korang menyendiri tetapi dapatkan orang yang korang percayai seperti ahli keluarga atau teman rapat untuk dapatkan sokongan.

Carilah sahabat atau ahli keluarga yang korang percayai untuk sokong dan berbual. Sebab kesihatan mental korang tu penting, jadi tak salah nak mencari bantuan dari kaunselor atau ahli terapi.

Apa yang korang boleh lakukan jika sedang menyaksikan keganasan berasaskan jantina dalam talian?

Kalau korang aktif di media sosial dan tengok ada kes keganasan berasaskan jantina berlaku dalam masa itu, terus laporkan di platform itu dengan klik ‘Report’ dan tawarkan sokongan kepada mangsa. Ingat, kedua-dua lelaki dan perempuan boleh jadi mangsa buli siber.

Dalam waktu lain, korang juga boleh bantu kongsi tentang isu ini dengan pengguna media sosial lain untuk tingkatkan kesedaran mereka tentang keganasan berasaskan jantina.

Walaupun korang mempunyai bukti dan menyaksikan sendiri perbuatan buli siber, elakkan dari kongsi bukti tersebut atau repost kiriman yang bersifat peribadi. Sebaliknya, lebih baik mengecam tingkahlaku yang tidak sepatutnya itu.

Hal ini kerana jika korang repost atau kongsi semula kiriman tersebut, korang secara tidak langsung telah mempromosi tindakan itu dan menyebarkannya walaupun niat korang sebenarnya baik.

Ingat, tujuan kita adalah untuk melawan keganasan dalam talian, bukan melakukan semula aktiviti buli seperti pemangsa.

* Artikel ini adalah kolaborasi bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) yang juga merupakan organisasi kawal selia kendiri dan forum industri untuk menyelia dan mempromosikan kawalan kendiri kandungan melalui medium elektronik berangkai. 

CMCF terdiri daripada pemain utama industri kandungan iaitu pengiklan, agensi pengiklanan, penyiar, pencipta/pengedar kandungan, penyedia perkhidmatan pengehosan teks audio, penyedia perkhidmatan akses Internet dan kumpulan sivik.

CMCF bertanggungjawab untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan).

Korang sudah tentu mahu tahu lebih lanjut tentang keganasan berasaskan jantina di alam maya, bukan? Sila rujuk Kod Kandungan 2022 yang sedia dimuat turun percuma di laman web https://contentforum.my/.

SKIP THIS AD ×