berita

Kehidupan Dikawal 100% Oleh Bapa, Filem Kantonis ‘Rain Town’ Bikin Penonton Tersentuh Hati

February 1st, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pengarah filem terkenal di Malaysia iaitu Tunku Mona Riza kali ini mempertaruhkan bahasa Kantonis dalam karya terbaharunya iaitu Rain Town.

Artikel Berkaitan: Sekuel Filem Jiwa 8 Belas Masih Dalam Perancangan

Filem Rain Town

Ketika ditemui OhBulan! di majlis sidang media filem Rain Town di GSC Starling Mall pada Selasa, Mona berkata idea filem ini bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang jurugambar pada tahun 2012 mengenai ‘Rain Betting’ atau bertaruh dengan meneka waktu hujan yang pernah berlaku suatu masa dahulu di Taiping, Perak.

Tambah Mona lagi, tetapi dia tidak bermaksud untuk mengetengahkan tentang pertaruhkan sebaliknya mengangkat kisah kekeluargaan yang menceritakan kehidupan lima beranak ‘Choo’ yang menetap di Taiping.

Apabila ditanya mengenai persaingan dengan 12 filem lain yang akan ditayangkan semasa Tahun Baru Cina, Mona akui gementar tetapi mereka telah pun melakukan beberapa strategi seperti mempromosikan di media sosial dan sebagainya.

Memang gementar, itulah kebenarannya. Kami telah mendapat nasihat daripada beberapa individu selepas mereka menonton filem ini untuk ditayangkan semasa Tahun Baru Cina. Sebab mereka kata, kebanyakan filem pada Tahun Baru Cina bukan bergenre seperti ini. Jadi, kami menerima pandangan tersebut.

Semasa Tahun Baru Cina juga, kebanyakan kaum Cina akan keluar untuk menonton filem.

Tambah Mona lagi, meskipun filem Rain Town mengetengahkan bahasa Kantonis tetapi itu bukan bermakna hanya kaum Cina sahaja yang boleh menonton sebaliknya ia boleh ditonton oleh semua kaum di Malaysia termasuk Melayu dan India.

Saya seorang pengarah, saya perlu melakukan sesuatu yang berbeza untuk diri sendiri dan saya ini seorang yang sentiasa seronok mendengar bahasa-bahasa berbeza.

Sekadar info, filem Rain Town terbitan Current Pictures Sdn. Bhd. diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Rain Town akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Februari 2024 sempena Tahun Baru Cina.

SKIP THIS AD ×