berita

‘Kerana Ramai Ibubapa Susah Nak Bayar Yuran’ – Berhenti Jadikan Guru Quran Pengemis

September 29th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Lumrah menjadi seorang pendidik, pelbagai ragam yang perlu ditempuhi setiap hari. Tidak cukup dengan perangai anak, kadang-kadang ibu bapa turut menyulitkan keadaan dengan liat membayar kos pembelajaran.

Seperti yang dikongsi guru mengaji ini, dia terpaksa ‘mengemis’ bayaran sebanyak RM150 yang masih belum dilunaskan ibu bapa. RM150 itu adalah jumlah tunggakan selama 3 bulan. Apabila diminta ini respon ibu.. Sedih!

Berhenti jadikan guru quran pengemis

BERHENTI JADIKAN GURU QURAN PENGEMIS!!!
=================

Ini luahan saya. Mewakili guru-guru quran sedunia. Haha sedunia tu.

Ceritanya saya tertanya-tanya. Kenapa kebanyakan ibu bapa sangat berkira untuk melunaskan yuran mengaji anak-anak ye?

Sedangkan rata-rata ramai guru mengaji mengenakan yuran yang rendah untuk anak murid mereka. Saya sendiri hanya mengambil rm20 seorang. Siap bagi diskaun kalau 3 beradik sebab kasihan.

TAPI, bayaran serendah itu untuk minima 16 kali sebulan, lebih kurang seringgit lebih sejam pun masih diambil enteng oleh ibu bapa.

Kisah saya bermula apabila yuran sudah 4 bulan tidak dibayar. Saya perlukan duit untuk hidupkan roadtax kereta yang sudah mati. 

‘Kereta akak pun dah 5 bulan mati’


Apabila saya meminta, dia mengatakan roadtax keretanya sudah 5 bulan mati. Jadi kenapa saya yang beria minta yuran dilunaskan hanya untuk roadtax?

Tuan Puan,

Perlukah dipersoalkan kemana saya harus gunakan duit yuran tersebut?

Perlukah dilewatkan bayaran yuran tersebut?

Adakah tuan puan fikir guru quran adalah malaikat?

Adakah tuan puan fikir guru quran tidak perlu duit untuk kelangsungan hidup?

Sedih. Geram. Marah.

Kenapa masyarakat terlalu prejudis dengan guru quran?

Kenapa hak kami selalu dinafikan?
.
Saya menemui RAMAI guru quran mengeluh hal yang sama. Sungguh menyedihkan.

Tahukah tuan puan kesannya nanti anak tuan puan sendiri akan susah untuk belajar hanya kerana sifat culas dan tak bertanggungjawab anda?

Empatilah kepada kami

Saya bergaji rm700 sebulan. Tak cukup kan? Itu sebab saya mengajar sambilan quran juga untuk menampung hidup. TAPI, bayangkan kalau yuran serendah itu ditangguh bayar hampir 5 bulan? Bagaimana saya meneruskan kehidupan?

Jawapannya saya bersabar. Saya berdoa. Saya teruskan dengan mata pencarian lain terutamanya mengambil upah membawa anak ke sekolah. Dengan mengelek anak kecil saya ke sana ke mari.

Tuan Puan,

Baju saya sudah 3 tahun tak berganti. Saya mengutamakan membayar keperluan seperti bil dan keperluan. Menghidupkan roadtax adalah keperluan saya. Saya bukannya nak beli LV, GUCCI!

Empatilah kepada kami yang mencari rezeki untuk diredhai. Bukan simpati. Tapi beradalah di dalam kasut kami.

Sebarkan luahan ini. Agar golongan guru quran tidak diketepi.

Salam sayang,
Ain
(Guru Quran yang baru belajar jual Jamu Ratu Malaya sebab korang tak nak bayar yuran)

Sumber : Nurul Ain Mat Nayan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×