berita

Kerap Buat Konten ‘Sweet’ Bersama, TikToker Dicerai Talak Tiga – ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’

July 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kisah rumah tangga pasangan TikTokers dari Indonesia iaitu Suryani Wahyu Lestari dan suaminya, Habibi menjadi bualan hangat netizen selepas wanita itu membuat pendedahan telah diceraikan dengan talak tiga.

Suami hilang berbulan-bulan

Tak dinafikan, Suryani dan Habibi sering membuat konten di TikTok mempamerkan kemesraan mereka sebagai pasangan suami isteri. Namun siapa sangka, di sebalik kebahagiaan yang dipamerkan, terselit dugaan yang dilalui pasangan ini.

Berkahwin pada 24 Januari 2021 sebelum gagal (dalam perkahwinan) pada 2023. Pada awal perkahwinan, kami baik-baik sahaja dan dikenali sebagai pasangan romantis.

Suatu hari, ada sesuatu berlaku membuatkan saya  amat kecewa. Namun, saya masih memaafkan dia demi mempertahankan rumah tangga.

Wanita ini mendakwa suaminya menghilangkan diri selepas keluar dari rumah mereka dengan alasan mahu menguruskan tanah milik pelanggannya. Tambahnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan selama berbulan-bulan namun dia tidak berjaya menjejaki keberadaan suami tercinta.

Dicerai talak tiga

Tetapi apa yang menghairankannya adalah akaun media sosial suaminya masih aktif, disebabkan itu Suryani cuba menghubungi Habibi dengan meninggalkan pesanan video kepada lelaki itu. Namun, usaha Suryani sia-sia kerana suaminya tidak memberi sebarang maklum balas. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima surat perceraian daripada lelaki itu.

Surat itu hasil tulisan tangannya sendiri. Katanya, dia mahu menceraikan saya dan tidak mahu bersama lagi kerana saya terlalu baik untuk dia.

Tambah wanita itu lagi, mereka kini  sah bercerai dari sudut  agama, namun dia membuat keputusan mahu menyaman bekas suaminya kerana bertindak sedemikian.

Sumber: Dream.co

SKIP THIS AD ×