Foto: Fahri Skroepp
Rata-rata pengguna Facebook sudah pastinya pernah melihat satu akaun Facebook didaftarkan atas nama Fahri Skroepp atau nama sebenarnya Muhammad Fahri Ramdani disebabkan status-statusnya yang sering menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak kecil ini sering kali berkongsi kata-kata puitis seolah-olah patah hati akibat menaruh perasaan kepada seseorang. Namun, di sebalik kata-kata yang cukup meruntun hati ini tersingkap 1001 kisah di sebalik jalan hidupnya.
Telah difitnah sebelum ini
Foto: Fahri Skroepp
Memetik laporan Liputan 6, kanak-kanak yang berasal dari Bandung, Indonesia merupakan seorang murid yang ‘tercicir’ dari persekolahan berikutan dia dipercayai telah difitnah. Kisah ini hanya diketahui umum apabila dia diminta untuk membaca status Facebooknya menerusi satu program tempatan iaitu Lapor Pak!
Enggak bisa baca. Enggak (tidak sekolah). Soalnya difitnah.
Ujar Fahri Skroepp, dia sebelum ini telah dituduh ‘ mengambil’ dompet seseorang, peristiwa tersebut secara tidak langsung membuatkan dia tidak mahu lagi bersekolah seperti kawan-kawannya yang lain. Walaupun, pujukan demi pujukan telah dilakukan oleh ibu bapanya, guru, keluarga dan rakan-rakan namun, dia masih bertekad untuk berhenti belajar di peringkat sekolah rendah.
Hasil kreatif abang sendiri
Foto: Fahri Skroepp
Bercerita lebih lanjut, sebenarnya status-status yang sebelum ini pernah dimuat naik di laman Facebook menerusi akaunnya telah ditulis oleh abang-abangya sendiri. Sebelum ini, akaun Facebooknya pernah digodam ketika dia terlupa untuk mendaftar keluar akaunnya ketika menggunakan komputer di sebuah kafe siber.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawab memuat naik status yang tidak sepatutnya bagaimanapun, akaun tersebut berjaya ‘diambil’ semula atas bantuan abang sepupunya.
Terima kasih atas ‘nama’
https://www.youtube.com/watch?v=MGm4Atn_UBU
Sumber: Liputan 6