berita

‘Kita Yang Patut Salam Dulu, Bukan Mak Ayah’ – Pemuda Ini Beri Nasihat Menyentuh Jiwa

July 11th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

salam2.1

Hari raya merupakan hari terbaik untuk kita saling bermaafan dan menyulam silaturrahim. Tak semua orang dapat mengecapi hari raya dengan sempurna dan bahagia. Bagi kita yang masih dikurniakan ibu dan bapa, inilah peluang terbaik untuk kita membahagiakan dan bermaafan dengan mereka.

Bila time raya, tak ramai antara kita yang mulakan sesi bermaafan sesama ibu bapa. Kebanyakannya mak ayah yang mulakan dulu. Nah, kami share pesanan brader ni mengenai bersalaman di hari raya. Syahdu, beb!

Jangan biar ibu bapa kita hulur tangan dulu

salam3

(sekadar gambar hiasan)

Sempena Aidilfitri yang mulia, menjadi tradisi masyarakat kita bermaaf-maafan sesama keluarga..Jangan biarkan ibu bapa kita menghulur tangan memohon kemaafan dari kita walau sebesar manapun kesalahan yang pernah dilakukan mereka terhadap kita..

Apakah nilai kesilapan kedua ibu bapa berbanding jasa mereka yang bagaikan sebutir pasir di celah lautan permata?

Tak ada sifat bakti sebenar

salam4

(sekadar gambar hiasan)

Anak-anak yang sanggup membiarkan ibu bapa mereka “melutut” dan bercucuran air mata memohon kemaafan bukanlah anak-anak yang mempunyai sifar al-bir (bakti) yang benar..

Tatkala mereka menghulurkan salam untuk memohon kemaafan, katakan: “Wahai ibu/bapaku yang mulia, kamu tiada keperluan untuk meminta keampunan dari anakmu ini, kerana kebajikanmu yang tiada bandingannya terhadap kami semata sudah cukup memadamkan segala kekeruhan yang tiada siapa mampu berlepas diri darinya..Kemuliaanmu sesungguhnya tidak layak membuat dirimu meminta-minta dari anakmu yang hina..”.

Takkan benarkan ibu bapa rasa bersalah

salam1

Anak yang berbakti tidak akan membenarkan ibu bapanya terasa bersalah dan senentiasa akan memaafkan ibu bapanya tanpa menunggu mereka menghulur kemaafan..
Setiap waktu dia berdoa, dia tidak lupa memohon pada Yang Maha Esa agar ibu bapanya diberi keampunanNya dan kurniaan syurga..

Jadi, sempena lebaran ni mari kita mulakan balik tradisi bersalaman dan bermaafan ni. Kita yang mulakan dulu, bukan mak ayah. Kalaupun dah terlepas, masih ada masa untuk kita telefon, atau balik semula ke kampung dan minta maaf sungguh-sungguh dengan mak ayah. Tak rugi pun, kan?

Sumber: FB Kamilin Jamilin – Seni Hadith

SKIP THIS AD ×