berita

‘Kylie Jenner Pun Tak Kisah Tunjuk Kilang’- Didakwa Sengaja Rahsiakan Kilang Produk, Syafiqa Aina Dikecam Netizen

January 21st, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pada masa kini, produk kecantikan tempatan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di pasaran Malaysia. Kebanyakkan usahawan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk mereka sendiri kerana percaya bidang kosmetik ini akan menjanjikan pulangan yang lumayan. Ini terbukti apabila usahawan kosmetik seperti Datuk Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida kini sudah pun bergelar jutawan.

Namun harus diingat, pengguna juga mempunyai hak untuk mengetahui segala butiran mengenai produk yang dijual sebagai langkah berjaga-jaga. Itulah yang berlaku kepada usahawan kosmetik, Syafiqa Aina apabila dia dikecam netizen kerana dikatakan sengaja merahsiakan butiran kilang pembuatan produknya.

Kenapa pelanggan tak berhak tau?

Sementara itu, seorang pengguna Twitter telah memperosal tindakkan Syafiqa yang dilihat sengaja ingin merahsiakan butiran kilang produknya kepada orang awam. Syafiqa turut menggelarkan sesetengah netizen gila kerana ingin tahu tentang kilang tersebut.

Produk antarabangsa pun tak kisah tunjuk kilang

Seorang lagi pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lily turut menyelar tindakkan Syafiqa yang cuba merahsiakan kilang produknya itu. Tambah Lily lagi, selebriti serta jutawan kosmetik antarabangsa, Kylie Jenner sendiri tidak kisah untuk menunjukkan kilang produk mereka sedangkan usahawan di negara ini cuba merahsiakannya.

Fenomena ‘kilang kat mana?’

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Yoi telah menerangkan mengenai fenomena ‘kilang dekat mana’ ini di entri terbaru Facebooknya.

Diharap Syafiqa terang akan dengan isu yang dihadapinya ketika ini. Tidak salah untuknya menjual produk kecantikan, tetapi harus diingat pengguna juga mempunyai hak untuk mengetahui segala butiran mengenai produk tersebut. Semoga Syafiqa dapat menyelesaikan kekeliruan ini secepat mungkin supaya tiada masalah yang akan timbul dikemudian hari.

Sumber: Lilyzahani, ZeeMashah