berita

Lawatan Ryzal Ibrahim Ke Pusat Pemikiran Islam Kena Kecam, Netizen Sangka Masuk Gereja

February 13th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimch mendapat kecaman ramai dan dituduh memasuki sebuah gereja apabila memuat naik sebuah video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Dakwa Kena Tipu Kes Jual Beli Tanah Bernilai RM500k

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Tahu Tiada Duit, Kenapa Berbelanja…’ – Ryzal Ibrahim Enggan Minta Maaf Isu ‘Perli’ B40

Islamic Study Hall

Berikutan daripada itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata, bangunan tersebut sememangnya kelihatan seakan-akan gereja namun ia sebenarnya merupakan sebuah institut ilmu tamadun Islam yang terletak di belakang Masjid Zabedah, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Nampak macam gerejakan? Tempat ini ialah Islamic Study Hall dekat Bukit tunku di belakang Masjid Zabedah. Set up tempat ini nampak macam meragukan tapi bila sudah sampai ia lebih kepada Islamik. Memang nampak ada unsur seni bina Sepanyol dan Islamik, setiap ruang dinding dan pintu masuk boleh nampak unsur berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, seorang individu dilihat tampil memberi penjelasan dan membuka minda masyarakat mengenai tempat tersebut. Ujar individu tersebut, tempat yang dikunjungi Ryzal itu merupakan institut ilmu terkemuka di negara Malaysia.

Seni bina ini sebenarnya mengambil inspirasi seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ini diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini. Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Tapi sayang, aku jumpa komen-komen yang kata macam gereja, yang menghinakan institut yang telah banyak berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam di zaman moden ini.

Kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tidak kenal? Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Ohh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku.

Untuk yang berkeras “ini ialah seni bina gereja”, sebenarnya Hagia Sophia adalah sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh. Jadi, seni bina Gereja ini tak terikat sebenarnya. Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur.

Kalau mereka dalam gambar ini kenal sejarah Hagia Sophia itu, nescaya mereka pasti akan membakarnya kerana ia asal sebuah gereja. Ya ALLAH, kau selamatkanlah umat Melayu-Islam dari kejahilan yang aku lihat ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Sumber: Ryzal Ibrahim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×