berita

Lelaki Sanggup ‘Lacurkan’ Teman Wanita Sendiri Di Aplikasi MiChat Dengan Harga RM88

March 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki di Pontianak, Indonesia yang didakwa menjual kekasihnya kepada pelanggan menerusi aplikasi Michat mengundang padah setelah dia ditahan oleh pihak polis pada Isnin yang lalu (7/3/2022).

Sanggup jual teman wanita sendiri

Foto: Suara.com

Menerusi laporan media tempatan, suspek yang dikenali sebagai AD dipercayai mengiklankan kekasihnya yang bakal dijadikan pemuas nafsu buat mana-mana lelaki dengan harga 300,000 rupiah (anggaran RM88.04).

Ujar Ketua Bahagian Jenayah Polis Pontianak, Indra Asrianto, suspek mula menjual kekasihnya sejak Jumaat yang lalu (4/3/2022) dan tindakan terkutuk tersebut bukan kali pertama yang dilakukan oleh suspek demi meraih wang dengan cara yang begitu senang.

AD dipercayai menggunakan beberapa identiti yang berbeza di laman tersebut bagi mencari ‘pelanggan’ dan telah menetapkan harga 300,000 rupiah (anggaran RM88.04) sehingga 500,000 rupiah (anggaran RM146.74) untuk mangsanya dipercayai bekas kekasihnya sebelum ini.

Pihak kami telah membawa suspek ke balai untuk soal siasar lanjut bagi membongkar sama ada terdapat mangsa lain dalam skim pelacuran ini.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×