berita

Lengkap Dengan Pelbagai Fungsi Menarik, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Jadi Pilihan

March 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dengan jumlah 1.3 juta pengguna aktif dan lebih 6.6 juta kali muat turun, aplikasi Waktu Solat Malaysia kini boleh didapati menerusi Google Play & Apple Store. Bukan sahaja berfungsi sebagai peringatan waktu solat, aplikasi yang lengkap dengan kalendar Hijrah dan Gregorian ini juga mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk memudahkan korang melaksanakan ibadah seharian.

Aplikasi mesra pengguna

Kalau korang nak tahu, aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi mesra pengguna khusus buat Muslim. Buat para pengguna aplikasi ini, korang boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid dan Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat dengan sempurna. Malah, kandungan aplikasi ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mempunyai kompas digital magnetik untuk memudahkan pengguna mencari arah kiblat dengan tetapan getaran (vibrate) apabila telefon bimbit menghala ke arah yang tepat. Selain itu, aplikasi ini juga didatangkan dengan fungsi pengesan lokasi automatik untuk memastikan ketepatan arah kiblat setiap kali pengguna berada di lokasi yang berlainan. Untuk pengetahuan korang, kandungan dan informasi dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia ini diperolehi daripada sumber E-Solat JAKIM. Jadi, korang boleh muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play dan App Store.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×