berita

LILIT. Lancar Kedai Pertama Di KL East Mall!

April 14th, 2021 | by Noraniza
Shout Out!

Berita baik buat peminat koleksi LILIT. kerana korang boleh mengunjungi kedai pertama mereka yang baru sahaja dilancarkan di KL East Mall. Sudah pasti perayaaan korang akan lebih indah apabila menggayakan fesyen trendy dan sopan daripada koleksi LILIT.

Malah, LILIT. juga telah mengumumkan koleksi Raya 2021 mereka yang bertemakan LILIT. Tetangga. Ia diilhamkan oleh siluet feminin dan klasik dengan sentuhan moden sambil mengekalkan keselesaan dan penggunaan warna-warna cerah.

LILIT. mengeluarkan beberapa koleksi yang memfokuskan pada gaya yang berbeza menjelang musim perayaan. Harga koleksi antara RM199 hingga RM299 dan boleh dibeli secara dalam talian di https://www.fashionvalet.com/lilit dan FashionValet atau kedai LILIT.

Kolaborasi LILIT. dan Farm Fresh

LILIT. juga bekerjasama dengan Farm Fresh, jenama produk tenusu segar tempatan untuk melancarkan koleksi khas sempena Ramadan.

Untuk pengetahuan korang, LILIT. dan Farm Fresh akan memberikan 1,000 paket penjagaan Eid  yang terdiri daripada kaftan dan Farm Fresh yang direka khas untuk wanita yang memerlukan agar semua orang dapat merayakan Hari Raya bersama-sama.

Kolaborasi ini menampilkan fabrik yang selesa dibuat dengan siluet moden, ruffles dan cetakan unik. Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di https://www.fashionvalet.com/lilit dan FashionValet atau kedai LILIT. mulai 13 April.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran kedai dan koleksi yang akan datang, nantikan pengumumuan selanjutnya di Instagram LILIT.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×