berita

Dendam Orang Mati : Lisa Surihani Atau Fizz Fairuz Yang Psycho?

October 8th, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2014-10-08 at 4.30.40 PM

Nampaknya, penghujung tahun 2014 semakin tiba. Kalau nak tahu, tahun ini, industri perfileman negara kita dipenuhi dengan filem-filem bergenre komedi dan seram dan thriller tau! Korang perasan tak?

Jadi, hari ni Mira memilih untuk kongsi sikit trailer filem terbaru terbitan KRU Studios dengan korang. Hmm, bolehlah korang letak dalam list ‘must watch 2014’ korang.

Filem psycho thriller yang berjudul ‘Dendam Orang Mati‘ ini diarahkan oleh Jason Chong dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana.

Screen Shot 2014-10-08 at 4.29.33 PM

Hmm, kami sebenarnya dah lama nak tengok Lisa Surihani berlakon watak sebegini. Iyalah, selama ni asyik lihat Lisa memegang watak sweet je. Betul tak?

Bila tengok trailer, boleh tahan seram juga filem ni. Walaupun di spesifikasikan sebagai psycho thriller, sekali pandang macam cerita seram pun ada.

Screen Shot 2014-10-08 at 4.30.02 PM

Kalau nak tahu, filem ini mengisahkan Lena (Lisa Surihani) seorang gadis yang baru tersedar dari koma dan menjadi amnesia, tetapi dalam masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam.

Apa sebenarnya yang membelenggu hidup Lena? Kalau korang tonton trailer ini, ada sepotong ayat yang berbunyi ‘tingkat empat itu tingkat mati’. Hmm, apa pula kejadian yang berlaku di tingkat empat tersebut?

Sama-sama kita saksikan filem hebat yang bakal ditayangkan pada 23hb Oktober 2014 ini. Apapun, apa kata korang tengok dulu trailer ini. Kata orang, ambil feel gitew! Selamat menonton!

Most Read Today