Umum tahu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi ‘pre honeymoon’ selepas berkahwin pada 5 November lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Syukur Allah Makbul Doa Jodoh, Nak Jadi Orang Pertama Bawa Kamal Adli Pergi Umrah’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan:‘Pergi Ke Mekah Nak Beribadat Bukan Untuk ‘Main’! – Uqasha Senrose
Berangkat tunai umrah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kamal dan Uqasha telah berangkat Tanah Suci Mekah pada malam Khamis.
Di kesempatan itu, Kamal, 35, memohon agar semua pihak memaafkan kesilapan mereka sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyatakan dia dan Uqasha, 29, akan mendoakan untuk mangsa-mangsa banjir yang sedang diuji dengan bencana alam ‘besar’.
Salam takziah untuk semua mangsa-mangsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencana ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami.
Rakan artis & peminat mendoakan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan ketika berada di sana.
Turut sama berangkat adalah adik kepada Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan juga suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid serta aktres Aprena Manrose.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.
Sumber: Instagram @kamaladli