berita

Masih ‘ODL’? Ini 5 Tips Untuk Kurangkan Stress Bagi Pelajar

November 2nd, 2021 | by Iman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: Maryville University

Ketika dunia dilanda musibah disebabkan Covid-19, semua rakyat Malaysia yang masih belajar di sekolah mahupun universiti perlu melakukan kesemua perkara tersebut dari rumah.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau dalam erti kata lain ODL ‘Online Distance Learning’ turut memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang perlu menjalaninya dari rumah. Sama seperti bekerja dari rumah ( BDR) tetapi tekanannya berbeza dan cabarannya lebih mencabar.

Pendidikan atau pembelajaran melalui skrin komputer yang terlalu lama akan memberi kesan terhadap kesihatan mental, fizikal dan juga sosial seseorang itu, ini beberapa tips untuk kurangkan stress tersebut.

Artikel berkaitan: Tips Penting Untuk Kekal Fokus Dalam Kelas Online Semasa PKPB, Tiada Alasan Lagi!

1.Sentiasa berkomunikasi

Kredit foto: Okezone

Apabila belajar dari rumah, semestinya tiada rakan sekelas yang terdekat untuk bersembang dan bergurau seperti biasa, tetapi dengan adanya internet carilah masa yang terluang untuk berkomunikasi bersama mereka.

Elakkan daripada memendam semua masalah yang dihadapi, mungkin setengah daripada mereka tidak mampu membantu menyelesaikan masalah itu tetapi dapat membantu dari segi mendengar dan memahami.

Jadi sedikit sebanyak masalah yang dihadapi dapat dikurangkan walaupun dengan hanya bercerita sekaligus kesihatan mental juga turut terjaga.

2.Hadkan penggunaan media sosial

Kredit foto: Utm news

Apabila mata terlalu lama menghadap skrin komputer mahupun telefon ianya akan menjadi masalah kepada mata dan juga dari segi mental. Jadi cuba hadkan penggunaan media sosial.

Terutamanya pelajar yang belajar dari rumah, walaupun ada banyak manfaat media sosial dari segi komunikasi tetapi keburukan juga banyak sehingga boleh menyebabkan depresi.

Maka apabila mempunyai masa terluang walaupun hanya sejam, gunakan masa tersebut untuk keluar dari rumah dengan melihat alam semula jadi ataupun berborak bersama ahli keluarga. Ia dapat mengurangkan stress termasuklah mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

3.Sediakan jadual harian

Kredit foto: The Teacher Counseling 

Setengah daripada pelajar mungkin sudah mempunyai jadual belajar sepanjang hari minggu, tetapi tidak bagi hujung minggu. Kebanyakan masa yang terluang pasti akan digunakan untuk duduk dirumah membuang masa.

Seeloknya rancang dan sediakan juga jadual untuk hujung minggu supaya masa yang terluang dapat digunakan sebaik mungkin. Jangan biarkan masa yang ada di rumah hanya menghadap skrin komputer dan skrin telefon.

Sekali-sekala pada hujung minggu keluar lah dari rumah untuk beriadah di taman rekreasi bersama ahli keluarga. Hidup akan menjadi lebih teratur dan produktif jika mempunyai jadual harian.

4.Tidur yang mencukupi

Kredit foto: Pidjar.com

Kebanyakan pelajar yang belajar di rumah mempunyai masalah dari segi tidur yang tidak mencukupi, hal ini kerana jadual pembelajaran yang tidak teratur sedikit sebanyak mengganggu masa makan dan juga tidur.

Kepada mereka yang tidak pandai membahagikan masa pasti akan lebih cenderung untuk merasa stress, kerana kekurangan tidur akan menyebabkan badan dan juga otak keletihan.

Tidur yang cukup bukan sahaja dapat kurangkan stress tetapi ianya cara yang terbaik untuk merehatkan fizikal dan mental selepas melakukan tugasan seharian. Tubuh yang mendapat rehat secukupnya akan menjadi lebih segar dan bertenaga.

5. ‘Work smart not hard’ 

Kredit foto: Great Performers

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Work smart not hard‘? Seringkali moto itu diguna pakai bagi menaikkan semangat seseorang itu.

Kedua-duanya kelihatan sama, tetapi memilih untuk bekerja dengan cerdik lebih bagus kerana tenaga yang digunakan untuk melakukan pekerjaan tersebut lebih sedikit dikeluarkan berbanding yang bekerja keras.

Kebanyakan pelajar yang melakukan pekerjaan dengan cerdik mampu membuat keputusan lebih tepat dan hasilnya memberansangkan.

Work smart juga dapat mengurangkan stress pelajar kerana ia tidak mengeluarkan tenaga yang banyak. Jadi work smart not hard!

Sumber: Sinarharian, astroawani.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×