berita

Mayat Bayi 5 Bulan Ditemui Membusuk Dalam Rumah, Mak Ayah Sibuk Pergi ‘Gathering’

June 27th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang bayi berusia lima bulan ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul oleh ibu kandungnya.

Bayi lima bulan membusuk dalam rumah

Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang berlaku di Surabaya, Indonesia ini hanya disedari oleh nenek mangsa yang mendakwa terhidu bau busuk dari rumahnya. Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada ketua kampung dan semasa pemeriksaan dilakukan, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki berusia lima bulan.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya semata-mata untuk menghadiri satu gathering di Yogjakarta. Susulan daripada penemuan mayat mangsa, pihak polis mula menjalankan siasatan dan mereka mendakwa punca kematian akibat didera. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka di seluruh badan mangsa.

Ibu ‘lari’, tak tahan bau mayat

Hasil daripada soal siasat, pihak polis mendakwa sebenarnya nenek mangsa sudah mengetahui mengenai kematian itu tetapi ibu mangsa memintanya untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan jiran tetangga. Tetapi disebabkan tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan itu, nenek mangsa terpaksa memaklumkan kepada jiran tetangga.

Menurut laporan, bayi malang itu dipercayai telah dipukul oleh ibu kandungnya sehingga meninggal dunia dan perbuatan itu tidak diketahui oleh suaminya (bapa mangsa). Suspek kemudian meninggalkan mangsa di bawah jagaan neneknya. Ketika ditemui, mayat mangsa dikatakan sudah mula membusuk dan mangsa dipercayai meninggal dunia pada 21 Jun lalu.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan dan jika sabit kesalahan, bakal dipenjara selama 20 tahun.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×