berita

Miliki Aset Bernilai RM56 Juta, Abby Choi Pernah Sedia Tempat Tinggal Buat Bekas Mentua

February 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pihak polis berjaya menemui kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi, di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po.

Artikel berkaitan: Kepala Model Ditemui Dalam Periuk Sup

Menerusi laporan Harian Metro, Abby dipercayai mengekalkan hubungan rapat dengan keluarga bekas suaminya, yang kini menjadi suspek pembunuhan.

Hubungan jadi dingin

Difahamkan, hubungan Abby dan bekas suaminya menjadi dingin kerana pertikaian membabitkan jutaan dolar. Ketika polis Hong Kong mengumpulkan butiran dan kesan anggota badan, laporan media tempatan serta sumber media sosial mendedahkan wanita berusia 28 tahun itu terus menyara bekas suami juga keluarganya, dari segi kewangan selepas pasangan itu berpisah.

Di samping itu, Abby yang dilaporkan mempunyai aset bernilai bersih kira-kira 100 juta dolar Hong Kong (kira-kira RM56 juta), berasal dari keluarga kaya dengan urusan perniagaan di China.

Wanita itu turut menyediakan tempat tinggal untuk bekas mentua serta dua anaknya iaitu di sebuah pangsapuri mewah selain membantu bekas abang iparnya membeli rumah. Disebabkan itu, empat orang suspek ditahan susulan kes berkenaan.

Antara yang ditahan, bekas suami Abby, Alex Kwong, 28, abangnya Anthony, 31, dan ibu bapa mereka. Bekas bapa mentua Abby yang berusia 65 tahun dan Anthony didakwa bersama atas tuduhan membunuh. Bekas ibu mentuanya, 63, didakwa dengan satu pertuduhan menghalang keadilan. Ketiga-tiga mereka ditetapkan untuk hadir di mahkamah tempatan pada hari Isnin.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×