berita

‘Moga Dapat Ubati Keperitan Rakyat’ – Diana Danielle, Rita Rudaini & Caprice Antara Selebriti Zahir Ucapan Tahniah Buat Anwar Ibrahim

November 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, hari ini.

Artikel berkaitan: Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10

Berikutan daripada itu, seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti menzahirkan ucapan tahniah buat Anwar Ibrahim.

Yang ni aku like

Yang ini aku like, aku tak block. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Di Instagram, pelakon Diana Danielle berkata perjalanan karier Anwar sebagai ahli politik sangat memberi inspirasi dan beliau seorang yang tabah sehingga detik bersejarah hari ini. Tambah Diana, dia berharap Anwar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat Malaysia dengan baik.

Selain Diana, Rita Rudaini turut mengucapkan tahniah buat Anwar. Rita berharap Anwar dapat menjalankan amanah untuk agama, bangsa dan negara kerana Allah.

Alhamdulillah. Perjuangan DSAI yang lama berliku akhirnya dengan izinNYA. Moga dapat ubati keperitan kami rakyat-rakyat yang dah lama menderita dan ditekan. Bantulah DSAI.

Hormat kebijaksanaan Raja

Penyanyi rap, Caprice pula berharap seluruh rakyat Malaysia dapat menghormati keputusan yang dibuat oleh Raja dalam membentuk kerajaan. Ujar Caprice, dia berharap kerajaan baru ini dapat mewujudkan kestabilan sosial, ekonomi dan politik.

PN/PH berjuang hingga ke akhirnya, tak ada satu parti yang menang dengan tanah runtuh. InsyaAllah bersama-sama kita akan mengharungi badai buruk yang mendatang sebagai sebuah kerajaan yang bersatu padu, dan lebih penting lagi rakyat yang lebih bersatu padu.

Di samping itu, pengarah, Michael Ang juga tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah buat Anwar.

Salam semua! Yahoo dah pun terjawab akhirnya Kita dah Ada PM. Congrats to Dato Seri Anuar Ibrahim and semoga can lead Malaysia to be a greater nation. Pada yang tak dapat jadi kerajaan, jadi la pembangkang yang berhemah. Jangan semua bantah. Kalau benda baik sokong la benda tak betul baru bantah! Ada yang tak sokong perlantikan ni bagi la peluang dan bekerjasama Jangan la mengutuk.

Menurut Michael Ang, seluruh rakyat Malaysia perlu memberi peluang buat Anwar memimpin negara. Tindakan untuk kutuk mahupun protes sangatlah tidak sesuai pada waktu ini. Tambahnya lagi, dia berharap kesemua barisan kabinet yang dipilih nanti bebas daripada kes mahkmah ataupun kes yang masih dalam perbicaraan.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×