berita

Video : Maher Zain Muncul Dengan MV Terbaru, Ramadan

July 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

Maher Zain photo

Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Insya Allah, Maher Zain telah muncul dengan lagu serta video klip terbarunya berjudul Ramadan.

Ramadan merupakan karya asal yang ditulis oleh Maher Zain bersama Bara Kherigi, manakala untuk susun atur melodi pula dihasilkan oleh penyanyi ini sendiri.

Meskipun baru empat hari dimuat naik menerusi laman YouTube, akan tetapi video ini telah mencapai lebih 380, 000 penonton dan rata-ratanya memuji makna indah yang tersirat disebalik lagu ini.

Maher Zain Ramadan copy

Maher Zain 1

Sedutan video Ramadan daripada Maher Zain

Secara umumnya, video berdurasi 5.08 ini telah mendapat sentuhan kreatif Hamzah Jamjoom dan syarikat rakaman yang terlibat adalah Awakening Records.

Sempena menanti kehadiran bulan Ramadhan, apa kata anda hayati dahulu video terbaru dari Maher Zain selepas ini:

SKIP THIS AD ×