berita

Muzik Video Gentlemen Oleh Psy Cipta Rekod Baru!

April 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-17 at 11.58.08 AM

Nampaknya angka 100 juta bukanlah satu perkara yang susah untuk dicapai Psy.

Menerusi muzik video terbarunya berjudul ‘Gentlemen’, penyanyi ini sekali lagi mencipta rekod baru apabila MV-nya itu mencatatkan lebih 100 juta kali jumlah tontonan. (110,862,162 pada waktu ini)

Menariknya, jumlah ini dicapai selepas 4 hari MV tersebut dimuat-naik ke laman Youtube dan ini membuktikan bahawa fenomena Psy masih belum dapat dilupakan para peminat.

Lebih menarik, apabila krew OHBULAN! menulis “Gentlemen Parody” di kotak carian Youtube, laman ini memberikan keputusan carian yang sangat memberangsangkan.

Screen Shot 2013-04-17 at 11.49.42 AM

Lebih kurang 260 ribu video parodi telah dibuat semenjak 4 hari MV asal ‘Gentlemen’ dimuat-naik. Wow!

Setakat ini, kami hanya berminat dengan parodi ‘Gentlemen’ versi Nerdy Man saja. Kami serahkan pada anda untuk mencari manakah parodi terbaik ‘Gentlemen’. Atau mungkin anda boleh muncul dengan video parodi sendiri, kan?

Apa pun, mari layan video parodi pilihan OHBULAN! selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×