berita

Nabila Huda Ralat Tak Sempat Beritahu Nenek Sedang Belajar Mengaji

August 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Amy Search berkongsi berita duka menerusi beberapa platform media sosialnya mengenai pemergian ibu tercinta, Fatimah Idris yang kembali ke Rahmatullah pada pukul 6 petang semalam. Selain Amy Search, anaknya iaitu Nabila Huda turut berkongsi rasa sedihnya di Instagram.

Tak tahu macam mana nak explain

Menurut Nabila Huda, dia berasa sedih kerana nenek kesayangannya sudah meninggal dunia namun begitu, dia akur dengan ketentuan Allah. Nabila bagaimanapun sedikit ralat kerana tidak dapat memberitahu kepada neneknya bahawa dia sudah belajar mengaji semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ujar Nabila, neneknya akan menjadi orang paling bahagia dan tersenyum apabila mengetahui berita tersebut.

Sepanjang Abil mengaji, Abil akan teringat dia sebab dulu degil nak mengaji. Sekarang dengan rela hati setiap hari mengaji tanpa kena jerit. Abil memang simpan niat nak jumpa dia lepas habis PKP. Nak cerita dekat dia. Mesti dia akan tersenyum sebab cucu dia dah mengaji. Tapi itulah ralat sikit. Tak dapat nak tunaikan hasrat. Tak dapat nak jumpa dia. Tak dapat nak tengok dia senyum dah.

Kalau korang nak tahu, Tok Mah Abil tu cikgu mengaji. Dia yang ajar mengaji budak-budak dekat Kampung Bakar Batu tu. Dari Abil kecil sampai besar bila balik sana, memang setiap pagi akan dengar orang bagi salam nak mengaji dan masa tu juga la Tok Mah akan jerit suruh mengaji. Abil pelajar paling malas dan degil sampai kena paksa. Sampai habis mengaji, Tok Mah buat majlis khatam Al-Quran.

Di samping itu, Nabil turut berkongsi sedikit kisah mengenai neneknya itu. Jelas Nabila, neneknya seorang guru mengaji. Sejak kecil, dia dan beberapa orang kanak-kanak akan belajar mengaji dengan nenek. Meskipun usia sudah semakin meningkat, mereka masih disuruh untuk belajar dan khatam Al-Quran.

Ciuman terakhir

Ciuman terakhir untuk tok mah ku sayang. Dulu masa abil kecik-kecik tok mah mandi kan abil, siap kan abil. Hari ni abil siapkan atok,mandikan atok kasi wangi-wangi dan solat jenazah untuk atok. Tercapai hasrat abil nak buat semua ni untuk kali terakhir. tok tunggu abil kat sana ya. Al-fatihah (dibaca)

Nabila turut meluahkan rasa syukur kerana sempat memandikan jenazah neneknya dan memberi ciuman yang terakhir. Pelakon ‘Munafik’ ini juga berharap mereka akan bertemu semula nanti di sana.

Sumber: Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×