berita

‘Nak Jadi Hos Biar Berilmu, Jangan Guna Lawak Bod*h’ – Ridhuan Tee

October 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ridhuan tee

Pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah tampil menegur segelintir hos yang disifatkan kurang adab dan ilmu semasa mengacara sesebuah program.

Artikel Berkaitan: Hetty Koes Endang Minta Elly Mazlein Suaikan Diri Dengan Rakan Hos – ‘Bila Masuk Rumah Orang, Ikut Cara Mereka’

Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim ‘Sekolahkan’ Pengacara Suka Bahan Sesama Sendiri Atas Pentas – ‘Siapa Makan Cili Terasa Pedas’

Teguran & nasihat

ridhuan tee

Menerusi hantaran di Facebook (FB), Ridhuan menegaskan bahawa sebagai pengacara mereka seharusnya memiliki pengetahuan yang luas dalam mengendalikan program selain stesen televisyen juga perlu mengawal kelakuan hos tersebut semasa di atas pentas.

Nak jadi hos biar berilmu, jangan guna lawak bodoh untuk naik, memalukan sahaja.Hos hari ini terkenal dengan lawak bodoh, bukannya ilmu. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua stesen TV.

Dewasa ini ketara sangat, pengacara TV atau program realiti TV, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang. Hos atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan khalayak, sepatutnya terkenal dengan ilmu bukan dengan lawak bodoh dan cuitan bodoh.

Dalam pada itu, pendakwah berusia 58 tahun ini juga berkata setiap pengacara perlu menghindari sikap suka memerli terutama hal berkaitan peribadi seseorang.

Lebih-lebih program realiti melibat juri-juri. Memintas cakap, menyindir peribadi juri sepatutnya dielakkan.

Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya, atau ada perkara mendesak yang penting yang ingin ketahui.

Sementara itu, Ridhuan turut menitipkan tips dan nasihat dengan harapan agar ia boleh dijadikan panduan kepada setiap pengacara supaya dapat memberi kesan yang lebih baik terutama kepada penonton.

Hos juga diminta bercakap dengan artikulasi yang jelas, serta bahasa tubuh (gesture) yang baik.

Jika kita yakin diri dan berilmu, InsyaAllah, selanjutnya kita dapat memandu program dan dapat menghidupkannya sesuai dengan program.

Tidak dinafikan unsur jenaka ini penting, tetapi biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak. Perkara ini penting untuk menghindari program yang dipandu menjadi stress dan kaku.

Sumber: Facebook Ridhuan Tee

SKIP THIS AD ×