berita

‘Nenek Lambai Tangan Minta Tolong..’ – Kerana Harta Pusaka, Ibu Sanggup Fitnah Anak Sendiri?

August 29th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pepatah ada menyatakan ‘syurga itu dibawah telapak kaki ibu’, sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati dan mengangkat darjat ibu setinggi-tingginya. Pengorbanan mereka melahir dan membesarkan anak pastinya tidak ternilai dengan wang ringgit.

Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan individu ini. Menerusi ruangan Direct Message (DM) Ahmad Fedtri Yahya, dia meluahkan rasa tertekan dengan sikap nenek yang suka menabur cerita tidak benar.

Difitnah ibu sendiri

Di sebalik kehidupan: cabaran miliki ibu yang gila harta, suka memfitnah dan memecahbelahkan keluarga. Banyak kes sebegini sehingga cucu-cucu sendiri malu nak mengaku nenek

Individu ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman selepas viral seorang ibu diabaikan anak sendiri. Menurutnya, pengalaman yang dilaluinya agak berbeza dimana ibu kandung (nenek) sanggup menfitnah anak dan menantu (ibu ayah) kerana harta pusaka.

Dakwanya, nenek mereka cerita ibu dan ayah cuba menghalaunya keluar dari rumah sedangkan rumah mahu diubahsuai untuk keselesaan nenek.

Kurung diri dalam bilik

Katanya, nenek melambai-lambai orang ramai minta diselamatkan sedangkan nenek sendiri yang mengunci diri dari dalam. Setiap kali ada yang datang menziarah, nenek akan membuat cerita mendakwa ibu tidak memberinya makan dan macam-macam lagi.

Mengadu tak bagi makan

Ibunya juga hampir ditampar bapa saudara yang termakan fitnah yang dilemparkan nenek. Hampir sahaja membuat laporan polis, katanya adalah tidak adil jika orang ramai menghukum anak sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.

Sumber : Ahmad Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×