berita

Netizen Ragu Dengan Rawatan ‘Tanam Benang’, Amelina Nafi Ubah Rupa Bentuk – ‘Kak Long Cuma Tarik Kulit Bukan Potong’

October 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan penyanyi dangdut terkenal Amelina berkongsi video melakukan rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ di Instagram (IG) miliknya telah mengundang pelbagai respon daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Takut Kena Halau Dari Rumah Ayah Ibu, Ayu Ting Ting Ikut Jejak Langkah Tanam Benang Di Hidung

Tak berdosa ke buat?

Menerusi hantaran tersebut, Amelina, 47, kelihatan bersikap terbuka apabila memuat naik proses rawatan tersebut yang dianggap menggerikan oleh segelintir wargamaya.

Ruangan entri tersebut diserbu oleh ratusan komen yang menganggap pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik telah mengubah ciptaan asal. Malah, ada yang berasa ragu-ragu sama ada teknik kosmetik sebegitu dibenarkan di dalam Islam.

Bukan mengubah tapi baiki

Enggan timbul salah faham, pemilik nama Norazlina Amir Sharipuddin menafikan tindakannya melakukan rawatan tersebut untuk mengubah rupa bentuk.

Tegasnya, dia hanya membaiki keadaan wajah dengan menegangkan kulit semata.

Kak Long tidak mahu hidung Angelina Jolie kerana rasa hidung Kak Long paling cantik. Tidak mahu juga pergi kopak kulit muka kerana nak jadi muka budak 16 tahun sudah sah-sah Kak Long 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki.

Cuma nak Kak Long yang dulu, untuk lebih rapi setelah dihina. Selekehlah, tidak pandai menjaga ‘level’ lah, gemuklah, serta sudah tua lah (tapi memang saya dah tua pun. Ada saya kisah?

Bagaimanapun, Kak Long sekarang menjaga dan menghargai apa yang ada. Kalau kendur, kita tegangkan. Kalau gemuk kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini.

Sumbat segala besi, plastik segala macam serta kikis sana sini. Jangan! Buat apa yang perlu, jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara, jangan yang kekal.

Sumber: Instagram @amelinaamirsharipuddin

SKIP THIS AD ×