berita

Netizen Sakan Kecam Sebab ‘Free Hair’, Ashira Bersuara – ‘Tak Semua Manusia Yang Tak Bertudung Itu Hina ..’

June 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penampilan penyanyi Ashira tidak lagi mengenakan tudung ketika bekerja sebagai penyanyi restoran pub setiap hujung minggu menjadi bualan netizen di media sosial.

Memang terasa ke arah bertudung

Timbul perasaan rimas apabila sering diasak dengan pertanyaan sama, Ashira, 37, bersuara menerusi hantaran di Instagram Stories pada Jumaat.

Ashira menekankan dia memang tidak bertudung dan jelasnya imej berhijab sebelum ini adalah percubaan untuk dia menjadi muslimah yang lebih baik.

Sudah-sudahlah PM, DM, komen ‘dah free hair ke?’. Saya memang free hair, bukan dah free hair. Ya, kadang-kadang saya pakai tudung sebelum ini mencuba dan memang terasa nak ke arah itu.

Salah ke? Masih belum sempurna dan saya tak pernah cakap yang saya dah bertudung sepenuhnya secara rasmi. Orang tanya pun saya jawab berani nak cakap, doa yang baik-baik saja.

Nak berubah memang senang cakap saja terus boleh buat tapi istiqamah itu yang susah. Tak ada bayi yang baru lahir esok boleh terus berjalan… step by step.

Doa yang baik

Pemilik nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berharap agar penjelasan ini telah menjawab kesemua pertanyaan netizen yang rancak mengkritik.

Satu yang saya percaya, Allah Maha Adil, saya percaya dengan aturanNya. Jadi, daripada nak mengecam tanpa tahu hujung pangkal cerita, baik doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan keluarga.

Jelas ya jangan komen yang bukan-bukan lagi kat FB ke IG ke TT ke. Saya hanya manusia biasa, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tiada lagi penjelasan lepas ni.

Dalam pada itu, isteri kepada ahli kumpulan Indigo, Bad berkata masih ramai lagi wanita yang tidak menutup aurat tetapi mempunyai hati yang baik.

Tak semua manusia yang tak bertudung itu hina dan keji atau jahat ya. Kadang-kadang yang bertutup lagi hitam hati daripada yang tidak bertutup.

Ramai depan mata saya, macam-macam dah saya experience. Sudah-sudahlah ambil tahu hal orang lain. Saya tak kacau hidup sesiapa pun, sudahlah.

Sumber: Instagram @ashiraaziz

SKIP THIS AD ×