berita

Oldtown White Coffee Lantik Ernest Zacharevic Hasilkan Mural Warisan Di Ipoh

May 30th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

mprk_sg_1302_22

Kredit foto: Weehingthong

Kopitiam tempatan, Oldtown White Coffee atau sering dikenali sebagai OLDTOWN semalam telah mengumumkan kerjasamanya dengan seorang pelukis terkenal dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic bagi menghasilkan mural di sekitar Ipoh Old Town.

Menerusi kempen ‘Art of OLDTOWN’ itu, setiap tujuh lukisan Zacharevic mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang memainkan peranan penting di tempat kelahiran kopi putih sebenar dan asal-usul mereka yang dikongsi bersama.

Menurut Zacharevic, warisan dan budaya penduduk di Ipoh Old Town sangat memikat hatinya dan peluang untuk menzahirkan karya seni di sekitar pekan tersebut dianggap sebagai satu penghormatan terbesar.

10325320_268818323242204_7087905500302301994_n

Sejak saya menjejakkan kaki ke Ipoh Old Town, saya berasa terharu dengan keselesaan dan keintiman pekan ini. Seni bina, budaya, makanan dan penduduknya terus memikat dan memberi inspirasi kepada hati dan jiwa saya.

Saya berasa amat bangga dapat bekerjasama dengan OLDTOWN untuk membawa seni saya ke Ipoh Old Town. Saya berharap saya mampu menyumbang bakat saya untuk menjadikan Ipoh Old Town lebih indah dan berinspirasi.

29826_268304379960265_6411141178712024375_n

Nampak macam real, tapi ini lukisan. Termasuklah kopi itu

Menarik, kan? Tak sabar nak tunggu hasil penuh mural-mural ni bila dah siap nanti. Sementara itu, jom tengok apa lagi yang awesome di Facebook rasmi OLDTOWN atau ikuti mereka di Twitter untuk maklumat terkini projek ‘Art of OLDTOWN, bermula 26 Mei 2014 sehingga 26 Jun 2014.

SKIP THIS AD ×