berita

Orang Awam Kongsi Pendapat Tentang Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian, Senang La Dapat Kerja

July 27th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Apakah detik paling berharga dalam hidup korang? Semestinya dapat kerja yang stabil serta gaji yang memuaskan hati kan? Alangkah indahnya kalau selepas graduate, terus dapat kerja. Tu la namanya rezeki.

Ingat lagi tak? Betapa sukarnya kita nak survive dalam pandemik Covid-19. Ada yang sampaikan hilang pekerjaan semasa pandemik Covid-19. Jangan ingat pekerja je yang terkesan. Majikan pun turut rasai pengalaman ngeri ni tau.

Selepas sektor pekerjaan semakin memulih, ternyata banyak usaha yang dibuat untuk membantu majikan dan pekerja. Meh tengok apa yang mereka kata ni..

“Majikan kena cari lagi pekerja yang betul-betul sesuai” -Ibrahim

Meskipun tak termasuk golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19, Ibrahim Abdul Rauf, 57 tahun yang bekerja sebagai pegawai perhubungan awam sangat memahami mereka yang melaluinya.

Dia memahami bagaimana perasaan anak muda yang baru melangkah ke dunia pekerjaan tapi terpaksa berhenti akibat pandemik Covid-19. Majikan juga mengalami perasaan sukar yang sama.

“Sektor pekerjaan dah semakin baik sekarang. Majikan kena cari lagi pekerja. Saya dapat tahu dari portal MyFutureJobs ada program oleh PERKESO yang bantu majikan dapatkan pekerja yang sesuai. Pekerja pun dapat insentif dari program tu.”

-Ibrahim, Pegawai Perhubungan Awam-

“Pekerja dapat nikmati gaji minimum yang berbaloi” -Azmah

Menjadi salah seorang daripada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, bukan la mudah untuk Azmah Mamat jalani hidupnya sebagai seorang kerani biasa.

Majikannya sebelum ni terpaksa kurangkan jumlah pekerja dan buat pemotongan gaji demi menstabilkan ekonomi kewangan syarikat. Namun kini, semuanya sudah kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya tengok di laman media sosial adanya program oleh PERKESO. Majikan dapat cari pekerja yang lebih berkualiti dan lebih mudah dengan program ni. Pekerja pula dapat nikmati gaji minimum yang ditawarkan.”

-Azmah, Kerani-

Sekarang korang mesti tertanya-tanya, program oleh PERKESO apa yang dimaksudkan oleh Ibrahim dan Azmah ni? Macam mana program ni boleh bantu majikan dan pekerja? Meh kami bongkarkan untuk korang!

Program JaminKerja – Insentif Penggajian PERKESO, bantu ramai dapatkan kerja

Dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian, PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan.

Di bawah inisiatif ini, kepada majikan yang menggajikan golongan yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan beri insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan bagi tempoh 6 bulan pertama dan 30% bagi 6 bulan berikutnya. Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan sedia peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti OKU, Orang Asli dan banduan, kerajaan akan beri insentif sebanyak 30% daripada gaji bulanan bagi tempoh 6 bulan pertama dan 40% bagi 6 bulan berikutnya. Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.

Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah.

Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan. Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.

Tengah cari kerja? Jom datang ke Ekspo Kerjaya Jamin Keluarga Malaysia 2022!

Masih cari kerja tapi belum ada yang sangkut? Ni berita baik untuk korang. Ada Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang tengah berlangsung sekarang sehingga 27 Julai 2022 ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Meh datang guys, masih sempat lagi untuk merebut peluang!

Bukan setakat ada sesi interview terbuka dan aktiviti khidmat padanan kerja je tau. Banyak lagi aktiviti menarik yang ada terutamanya untuk para belia sepanjang ekspo kerjaya ni.

Ekspo ni dijangka menampilkan 1,000 majikan dari pelbagai sektor awam dan swasta termasuk pekerjaan gig dan keusahawanan serta menawarkan sehingga 30 ribu jawatan kosong untuk diisi oleh pencari kerja dari seluruh Malaysia, khususnya di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya. Banyak tu!

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti e-sukan, program Ideathon, demonstrasi cloud kitchen, food truck, persembahan buskers, penerokaan kerjaya dan tawaran diskaun saman di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Siap ada pemeriksaan dan saringan kesihatan percuma!

Ada lagi yang menarik guys. Korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motosikal, televisyen, komputer riba dan ketuhar gelombang mikro. Fuh, wajib datang ni!

Jangan lupa share dengan keluarga dan kawan-kawan korang yang tengah cari kerja tu. Korang takkan menyesal datang ke ekspo kerjaya ni. Pastinya ada rezeki kerja untuk korang.

Korang boleh daftar mulai sekarang melalui laman web di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Nak info lebih lanjut? Korang boleh terus ke laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my atau hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke [email protected].

SKIP THIS AD ×