berita

PA Tuduh Fify Azmi Ambil Barang Terlarang, Nafiez Zaidi Anggap Sengaja Nak Ugut – ‘Tak Sepatutnya Pun Ungkit Kisah Silam’

June 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ketegangan antara pelakon Fify Azmi dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Nora masih belum menemui titik penyelesaian. Belum reda isu kerugian sebanyak RM15,000, Nora mendakwa Fify mengambil barang terlarang di Instagram Stories.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Saya Banyak Berdoa & Tawakal’ – Terkandas Di Perhentian, Fify Azmi Nasihat Tangguh Dulu Niat Masuk Pulau

Nak ugut buka aib pula

Teman lelaki Fify iaitu Nafiez Zaidi tampil bersuara mengenai tuduhan tersebut. Kata Nafiez, Nora tidak seharusnya mengungkit kisah silam yang sekadar bertujuan untuk menakutkan.

Aktor berumur 31 tahun ini menyifatkan fitnah itu tidak masuk akal kerana dia tidak pernah melihat kekasihnya berdepan dengan masalah peribadi atau kerja.

Saya tahu fasal status itu sebab ramai yang hantar pada saya. Sepanjang saya dengan Fify, dia tak pernah berdepan dengan masalah daripada segi kerja atau peribadi.

Bagi saya, individu itu tidak sepatutnya ungkit pun kisah silam Fify. Apa yang dia buat itu tidak masuk akal.. nak ugut buka aib secara personal pula.

Mungkin dia fikir dengan ugutan itu akan buat Fify takut dan tarik laporan polis tapi Fify tak gentar dengan ugutan dia. Saya pun berpesan pada Fify supaya jangan melayan individu itu. Biarkan saya individu itu meroyan seorang diri.

Nafiez mengulas mengenai status berbaur ugutan menjurus ke arah Fify yang dimuat naik pada Khamis.

Antara status yang dimuat naik Nora sebelum dipadam mendakwa individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan dadah untuk berlakon.

Pikul amanah untuk menjaga

Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Nafis Abduzaidi mendedahkan pelakon filem Wira sudah akur untuk menanggung kerugiaan namun tertanya-tanya ke mana duit itu digunakan.

Dalam keadaan sekarang, sudah tentu saya kena sentiasa berada dengan Fify. Keluarga dia pun dah amanahkan saya untuk menjaga Fify dengan baik.

Saya ada ketika Fify dapat tahu tentang bayaran tersebut. Dia sangat kecewa dan tak sangka individu itu sanggup buat macam itu.

Ikutkan Fify dah reda sekiranya duit itu tak ada dah. Tapi nak tahu juga sebenarnya di mana duit itu dan kenapa dia tergamak buat macam itu pada Fify.

Terdahulu, Fify mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas didakwa dilarikan pembantu peribadinya itu. Aktres berusia 32 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Selangor pada Isnin.

Bagaimanapun, Nora menafikan dia mengambil wang berkenaan sebaliknya menegaskan dia tidak menyedari syarikat produksi Skop Production sebenarnya sudah memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya.

Sumber: Instagram @norranor1883

SKIP THIS AD ×