berita

‘Pagi Memang Susah Nyanyi’- As’ad Motawh Dikecam Menyanyi Sumbang Di Indonesia, Tajul Anggap Itu Perkara Biasa

December 28th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Terkeluar suara ‘sumbang’ adalah perkara yang paling ditakuti bagi seseorang penyanyi ketika melakukan persembahan pentas. Namun, perkara tersebut tetap akan berlaku sekiranya penyanyi tersebut gagal mengawal teknik nyanyiannya ketika melakukan persembahan.

Baru-baru ini, penyanyi As’ad Motawh dikritik hebat netizen ekoran kegagalannya menyampaikan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band di sebuah program di Indonesia. Netizen turut menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

‘Bukan nak back up kawan’

Lantaran itu, seorang lagi penyanyi, Tajul Ariff  tampil mempertahankan As’ad Motawh dengan menganggap perkara tersebut adalah normal bagi seorang penyanyi. Tajul juga memberi tahu bahawa sukar sebenarnya untuk menyanyi pada waktu pagi.

Saya bukan nak ‘back-up’ kawan tapi waktu pagi memang susah nak menyanyi dan itu memang kenyataan.

Malah saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pada waktu pagi

Berhenti kecam As’ad

Dalam pada itu, Tajuk meminta agar netizen etizen tidak terus mengecam As’ad dan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap situasi dihadapi oleh remaja berusia 16 tahun itu. Tajul juga berkongsi tips sekiranya perlu mengadakan persembahan pada waktu pagi, kebiasaannya dia akan memanaskan suaranya sekurang-kurangnya sejam sebelum persembahan.

Anda semua janganlah kecam dia tapi nilailah sendiri.

Cuba korang kat tempat dia dengan menyanyi nada tinggi, tak kena dengan suara dia… memang tak boleh tarik.

Semoga perkara ini menjadi pengajara buat As’ad Motawh lebih-lebih lagi membuat persembahan di negara orang. Perkara seperti ini boleh dielakkan sekira As’ad membuat persediaan dengan lebih rapi sebelum memulakan persembahan.

Sumber: Mstar, Tajul Arif

SKIP THIS AD ×