Tragedi empat orang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara di Dungun telah terjawab apabila keempat-empat mayat mereka akhirnya telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat, orang awam dan juga sekumpulan nelayan.
Berikutan daripada insiden itu, penduduk Terengganu telah menasihati dan mengingatkan orang ramai terutamanya pelajar-pelajar di PSMZA dan Universiti Teknologi Mara, Dungun supaya tidak bermandi-manda di Teluk Bidara dan kawasan pantai di Dungun.
Empat lemas serentak
Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik Muhammad Amin di laman Twitter, memaparkan perbualannya bersama seorang rakan, Arif yang menceritakan semasa insiden yang menimpa empat orang pelajar PSMZA itu, dia berada di tempat kejadian. Tambahnya lagi, pada mulanya air di pantai itu nampak tenang tetapi tiba-tiba ombak besar datang. Mereka yang sedang bermandi-manda di situ tiba-tiba ‘hilang’ dan tidak timbul-timbul.
Kawan lemas dan tak jumpa-jumpa
Sementara itu, seorang remaja turut menceritakan kisah sedih yang menimpa rakannya, Syed yang juga menjadi mangsa lemas semasa bermandi-manda di pantai tersebut suatu ketika dahulu. Menurut lelaki ini, walaupun kejadian ini sudah lama berlalu tetapi mayat mangsa masih belum dijumpai sehingga kini.
Dah banyak kes berlaku
Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter yang lain turut berkongsi nasihat dan saling memperingati orang ramai supaya tidak mandi di kawasan pantai tersebut. Menurut mereka, kejadian lemas sudah banyak kali berlaku di kawasan pantai berkenaan dan kebanyakan daripada mereka yang lemas tidak ditemui mayatnya sehingga sekarang.
‘Tengok ombak pun dah seram’
Sumber: Mohd Asri Dungun, Muhammad Amin