berita

Pelajar Tahun Dua Di Kota Kinabalu Sah Positif Covid-19

July 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sekolah telah mula dibuka bagi sesi pembelajaran semenjak 24 Jun 2020 yang lalu. Pelbagai SOP yang telah ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat dari penularan wabak Covid-19.

Terkini, memetik laporan Awani, seorang murid tahun dua di sebuah daerah di Inanam, Kota Kinabalu Sabah telah disahkan positif Covid-19.

Sah positif Covid-19

Menurut Datuk Christina Rundi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyatakan semua kontak rapat pelajar berkenaan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Semua yang diarahkan kuarantin termasuk rakan sekelas, keluarga dan kontak rapat yang terlibat di sekolah berkenaan.

Jangan hantar anak demam ke sekolah

Murid tersebut telah disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan. Sehubungan dengan itu, dia turut menyarankan agar ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai simptom demam batuk dan selsema ke sekolah bagi mengelakkan insiden yang menjurus kepada suspek COVID-19.

Selain itu, dia turut menasihatkan agar petugas sekolah untuk melaksanakan konsep penjarakan sosial dalam kalangan murid-murid selain menggunakan pelitup muka serta kerap mencuci tangan.

Sumber: Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!