Korang ada masalah muka gatal-gatal dan meninggalkan bekas bila pakai pelitup muka? Mesti stress kan? Jangan risau sebab bukan korang sorang je yang ada masalah ni.
Masalah ni memang tidak asing lagi sebab ada jenis-jenis material pelitup muka yang membuatkan kulit menjadi sedemikian. Lagi sakit hati sebab dah cuba macam-macam produk untuk kulit sensitif tapi masih lagi tak menunjukkan sebarang hasil.
Korang sebenarnya kena cari pelembap yang ada efek sejuk dan beri sedikit masa untuk muka korang berehat serta yang paling penting kurangkan rasa gatal-gatal tu! Produk yang paling sesuai mestilahh..
Pelembap muka Suu Balm ni ada cooling effect!
Bila korang gatal-gatal mesti ada percubaan nak pegang lah nak garu lah kan? Korang tau tak apa yang boleh hentikan masalah tu?
Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ni mempunyai Menthyl Lactate yang membuatkan muka sejuk dan berangin bila korang pakai dan secara tidak langsung mengurangkan kegatalan dekat muka korang tu.
Masa kulit muka korang tengah sejuk tu lah bahan-bahan yang lain yang terdapat dalam produk ni akan membantu membaiki kulit muka korang tu.
View this post on Instagram
Jangan risau, Menthyl Lactate ni tak akan memedihkan mata korang pun!
Antara bahan lain yang ada ialah Ceramides yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kegatalan, Northern Truffle yang membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk mencegah iritasi, Linoleic & Linolenic Acid dari bunga Saffron untuk mengurangkan kemerahan dan juga Saccharide Isomete yang boleh membantu mengembalikan kelembapan muka secara semulajadi.
Suu Balm Cooling Series ni ada pembersih muka tak?
Ada! Lagi best kalau korang pakai dua-dua pembersih dan juga pelembap. Lagi nampak perbezaanya tau!
Pembersih muka Suu Balm ni iaitu Suu Balm Facial Care Cleanser ni juga dilengkapi dengan bahan-bahan yang boleh membantu untuk mengurangkan iritasi, kulit kering dan juga kulit sensitif!
Diformulasikan di National Skin Centre, Singapore membuatkan produk ini lebih diyakini orang ramai!
Antara kandungan yang ada dalam Suu Balm Facial Care Cleanser ni ialah Sodium Lauroyl Methyl lsethionate.
Digunakan dalam kuantiti yang sangat sedikit membuatkan lipid semula jadi korang tidak akan terhakis sepenuhnya bila korang mencuci muka.
Bahan yang ramai orang suka pun ada! Shea Butter digunakan dalam Suu Balm Facial Care Cleanser ni untuk melembapkan kulit serta mengurangkan iritasi!
Antara bahan lain ialah Sodium Hyaluronate yang berfungsi untuk membantu mengunci air di kulit, supaya kulit korang kekal hidrat, lebih lembut dan anjal.
Bayi pun ada pakai dan ternyata berkesan!
Yang paling mengejutkan bila salah seorang pengguna yang merupakan seorang ibu ni gunakan produk ni dekat bayi beliau dan ia ternyata memberikan perbezaan!
Menurut si ibu, pipi anaknya telah lama mempunyai masalah ruam hilang selepas 5 hari beliau sapu pelembap Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ni! Wahh, bestnyaaaa!
Produk ni juga telah mendapat status Halal dari Jakim!
Korang akan pakai dengan lebih yakin kalau dah tahu produk tu halal kan? Jadi jangan risau, Suu Balm ni telah pun mendapat pengiktirafan halal tu! So, korang bolehlah pakai tanpa ragu-ragu!
Produk ini boleh didapati di Watsons, Caring Pharmacy, My Pharmacy, Georgetown Pharmacy, HTM Pharmacy, Health Lane Pharmacy, Multicare Pharmacy dan Alpro Pharmacy!
Nak beli secara online di website Suu Balm pun boleh, ada promosi tau!
Beli secara online kan lagi mudah? Masukkan ke dalam cart dan tunggu je barang sampai. Dan yang paling best, kalau korang beli satu set pembersih muka dan juga pelembap secara online di website di SINI, korang berpeluang untuk dapatkan face mitt ni secara percuma!
Anda juga boleh dapatkan produk ni di Shopee [Klik SINI] dan juga Lazada [Klik SINI]
Apa tunggu lagi tu guys? Jom hilangkan kegatalan tu harini!