berita

Pemfitnah Nyahaktif Akaun Lepas Ajak Bersemuka, Warganet Suruh Ali Puteh Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saman Ja Orang Macam Ni’

September 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan individu yang melemparkan fitnah masih belum menemui jalan penyelesaian apabila tidak mendapat kerjasama.

Artikel Berkaitan: Dituduh Hidup Mewah Sebab Guna Duit Arwah Abam, Ali Puteh Cari Pengikut Biadap

Nyahaktif akaun Facebook

Ali, 32, menerusi hantaran di Instagram (IG) meluahkan rasa geram apabila tidak berjaya untuk bersemuka dengan individu yang mendakwa dia menggunakan harta peninggalan arwah abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Menurut pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, netizen tersebut telah nyahaktif akaun media sosialnya.

Alahai awak yang tulis fitnah.. awak yang beria komen fitnah. Lepastu saya nak jumpa depan-depan, tup tup Facebook dah deactive pula. Takut la tu.

Masa komen laju betul tangan.. Otak mana otak? Menggelupur la tu takut. Tak apa kat dunia tak jumpa. Esok akhirat jumpa la tu.

Pengikut suruh saman

Disebabkan insiden ini bukan kali pertama berlaku, rata-rata warganet meminta pelakon filem Kolong untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu tidak bertanggungjawab.

Segelintir netizen menganggap ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang supaya berfikir dulu sebelum menulis.

@zieyatiesue: Patutnya jangan lepaskan, pasal kalau bukan Ali yang kena, nanti artis lain pula yang kena. Baik ambil tindakan.

@linda_lew96: Saman ja orang macam ni.

@zalihasulaiman333: Untuk pengajaran, report dan saman ja.

@ubatkurus_sekatselera: Kadang-kadang kena layan orang yang macam ini. Bukan tak payah layan. Baru dia tahu erti penyesalan kerana mulut badan binasa @ jari yang menulis membawa binasa.

@juzbeingme_: Sabar bro.. Kalau ikutkan buat report kena dah tu, kes fitnah.

Sebelum ini, Ali memuat naik paparan skrin komen individu yang mendakwa dirinya menggunakan duit arwah abangnya untuk mengusahakan kebun durian.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari tahun lalu akibat demam panas.

 

Sumber: Instagram @aliputeh_official

SKIP THIS AD ×